Akhirnya Mira Filzah Dedah Status… Sudah Berpunya Dan Berbincang Sesama Keluarga – “Dalam Islam, Kalau Dah Ada Persetujuan Itu Kira Dah Bertunang”

Aktres dan pengacara, Mira Filzah akhirnya mendedahkan sudah mempunyai teman lelaki dan secara tidak langsung menjawab persoalan mengenai status dirinya.

Menerusi program bual bicara santai bersama Ustazah Asma’ Harun di laman Facebook, Mira mendedahkan dia dan keluarga sebelah lelaki sudah bertemu antara satu sama lain.

“Iya… Dah berpunya! Bertunang? Kiranya tapi sudah berjumpa dan berbincang sesama keluarga,” jawab Mira.

Pendedahan itu dibuat ketika Mira menjawab soalan Ustazah Asma’ mengenai teman lelaki dan pertunangan pada hari Ahad lalu.

“Insya-Allah kita doakan Allah mempermudahkan tahun 2020 ni juga Mira akan bergelar isteri mendirikan rumah tangga.. Kita sama-sama doakan,” kata Ustazah Asma’.

Terdahulu, Mira dan jejaka pilihannya, Wan Emir Astar yang merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid dilaporkan bakal disatukan sebagai suami isteri sekitar bulan Oktober ini.

Pasangan berkenaan sebetulnya sudah lama mengenali antara satu sama lain.

Bagaimanapun, apabila Wan Emir melanjutkan pengajian, hubungan mereka terhenti sehinggalah kembali bertemu dan berhubung semula.

Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman dan Wan Emir pernah belajar di sekolah yang sama.

Wan Emir yang juga seorang arkitek difahamkan sudah menghantar rombongan untuk merisik pelakon wanita popular berusia 27 tahun itu.

Saksikan karya lakonan Mira Filzah yang pernah ditayangkan di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang!

Sumber :Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Akhirnya Mira Filzah Dedah Status… Sudah Berpunya Dan Berbincang Sesama Keluarga – “Dalam Islam, Kalau Dah Ada Persetujuan Itu Kira Dah Bertunang”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*