Sudah bergelar isteri, pasti ianya fasa baharu buat Emma Maembong kerana perlu melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Emma mengakui dia tidak ke pasar untuk membeli barangan dapur.
Menurut Emma, meskipun ianya perkara yang mudah namun agak mencabar buatnya. Perkara itu did3dahkan Emma di dalam program realiti, The House musim pertama dalam episod kedua yang pernah ditayangkan pada tahun 2016.
Dalam pada itu, Emma berkata dia juga tidak suka memandu seorang kerana kurang keyakinan diri, malah dia tidak pernah memandu seorang diri.
“Ia perkara yang besar buat saya sebab tak pernah pergi pasar atau memandu kereta seorang. Ia agak mencabar walaupun sebenarnya benda yang mudah.
“Tambahan pula saya tak suka memandu seorang diri kerana kurang keyakinan diri,” katanya.
Menerusi episod itu, Emma diberi cabaran mencari barang dapur untuk dimasak oleh Chacha Maembong dan Yaya Maembong. The House mengisahkan kehidupan tiga beradik selebriti popular, Emma Maembong, Chacha Maembong dan Yaya Maembong.
Difahamkan, drama siri realiti The House itu ditayangkan semula menerusi portal Astro Gempak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Sumber :Gempak/Koleksi Viral
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "Baru 2 Bulan Nikah, Perangai Sebenar Emma Maembong Terb0ngkar"