“Radin Era Lel0ng Kasut Malam Ini,” Jualan 100 Peratus Untuk Bantu Fr0ntliners Dan Gol0ngan Memerlukan

Penyampai radio dan hos, Radin atau nama sebenarnya, Radin Amir Effendi mengambil inisiatif sendiri dengan mengadakan lelong amal sebahagian kasut miliknya khusus bagi membantu golongan memerlukan serta agihan topeng muka dan sanitiser buat barisan ‘frontliners’.

Menerusi rakaman video yang dimuat naiknya di IG TV, sesi berkenaan akan dilakukannya hari ini pada sesi IG Live.

Radin antara lain turut memberitahu, 100 peratus hasil jualan akan disalurkan kepada mereka yang terlibat dan dia turut akan mengadakan soalan kuiz dan pemenang akan diberi hadiah berupa wang ringgit.

“Assalammualaikum, dalam fasa ke-3 PKP susulan wabak COVID 19. Saya tahu, ramai yang terkesan & kehilangan punca pendapatan untuk diri sendiri & ahli keluarga.

“Jadi, saya terfikir untuk melelong sebahagian daripada koleksi kasut saya & 100% hasil jualan akan disumbangkan kepada yang memerlukan & juga membantu untuk membeli keperluan asas seperti hand sanitiser dan face mask untuk frontliners.

“Lelongan Amal ini akan berlangsung esok, Isnin, jam 9 malam di Instagram saya. Saya bukan kaya, tapi saya pernah merasa tiada,” tulis Radin pada ruangan kapsyen.

Idea murninya itu turut mendapat pujian rakan dan sokongan tersebut disampaikan mereka menerusi ruangan komen pada entri berkenaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : Instagram Radin Era

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Radin Era Lel0ng Kasut Malam Ini,” Jualan 100 Peratus Untuk Bantu Fr0ntliners Dan Gol0ngan Memerlukan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*