Isteri kepada penyanyi Lan Solo berkongsi foto suaminya terbaring di muka pintu pada hari pertama Ramadan.
Menerusi ruangan kapsyen, isteri Lan, Sheila menulis video tersebut diambil selepas suaminya menyusun barang-barang di rumah.
“Baru 1st day puasa weh! KY suruh susun brg je pun, maklum la kan dah nak raya ni. Punya la nak tunjuk perasaan…depan pintu je dia tidur!!
“Nasib baik PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), kalau tak…Ermmm…sila sambung!” usiknya.
Perkongsian Sheila itu telah ditonton hampir 14 ribu kali dan turut dijawab dengan gurauan oleh para pengikut di Instagram (IG).
Agak melucukan apabila ada yang meninggalkan komen Lan dihalau dari rumah dan menyamakan Lan dengan kucing yang boleh tidur di mana-mana.
Dalam perkembangan lain, Solo Borneo Mart yang menjual barang-barang makanan dari Borneo masih dibuka seperti biasa.
Bagaimanapun Lan dan Sheila menggalakkkan orang ramai membeli secara atas talian dan barangan akan dihantar oleh rider atau secara pos.
“So, Kamurang/Kitak semua STAY AT HOME (Anda semua duduk di rumah)‼️.Biar kami di kedai siapkan semua keperluan anda,” kata Lan.
Antara yang dijual di Solo Borneo Mart ialah ikan terubuk masin, mi kolok kering, pes laksa Sarawak, buah bambangan, tuhau, amplang serta pelbagai snek dan makanan ringan.
Sumber :Gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“Ad0i…Baru Hari Pertama Puasa Weh” Isteri Kongsi Foto Lan Solo Terbarlng Depan Pintu"