Dulu Menangls Sebk Dapat RM2, Sekarang Ustaz Ebit Lew Bersyukur Dengan Rezeki Yang Diterima DariNya

Meskipun dil4nda pelbagai kontr0versi baru-baru ini, Ustaz Ebit Lew tetap meneruskan amal jariahnya dengan membantu golongan da1f. Selain mempersoalkan cara memberi sumbangan, ada juga yang mempertikaikan sumber rezeki beliau. Seakan-akan menjawab persoalan mereka, pendakwah berkenaan memuat naik sebuah coretan di Instagram miliknya.

Ustaz Ebit Lew sempat mengimbau kembali kenangan hidupnya yang susah dahulu. Bukan sahaja menumpang lena di masjid, malah pernah juga beliau melelapkan mata hanya beralaskan guni. Dek kerana penampilan beliau agak selekeh ketika hidup susah dahulu, ramai majikan yang enggan mengambilnya untuk bekerja. Sehinggakan RM2 yang diberikan oleh seseorang pun cukup membuatkan beliau mengalirkan air mata syukur.

Selepas itu, beliau diterima untuk bekerja sebagai seorang motivator di bawah beberapa orang pendakwah yang terkenal di Malaysia. Tidak lama selepas itu, beliau memulakan syarikat sendiri dalam bidang yang sama sehinggakan beberapa korporat yang besar telah mula mengenali serta menjemputnya untuk mengadakan beberapa sesi motivasi atau ceramah. Penceramah ini mempunyai beberapa perniagaan dan menjana wang daripada media sosial juga.

 

View this post on Instagram

 

Syukur pada Allah yang Maha Kaya dan Maha Penyayang. Berkat doa mak ayah. Berkat cinta kasih sayang pada bidadari. Doa ramai orang baik-baik. Allah beri rezeki mencurah-curah. Ramai tanya saya soalan bukan-bukan. Saya bekerja dan berniaga dah lebih 10 tahun. Dulu saya tidur masjid. Pernah tidur atas guni. Dari kecil berdakwah dan menyebarkan kasih sayang. Soalan paling banyak saya dengar nanti kau sibuk tolong orang sana sini habis hilang dunia. Kau nak jadi apa dah besar. Sampailah universiti. Ramai tak nak ambil saya kerja sebab selekeh. Dengan janggut kasut pun buruk. Stokin takde. Masa tu susah betul. Duit gaji dekat mak semuanya rm800 dengan banyak kerja. Saya walau ada sepinggan nasi share dengan kawan. Ada orang masuk rm2 dekat poket sebab tolong isi minyak. Saya menangis dapat rm2 tu. Besar nilai untuk saya. Saya mula kerja dengan Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim Mohd Tahir. Sebagai trainer atau motivator. Program korporat teambuilding selama 4tahun. Selepas itu saya mula buat sendiri. Syukur syarikat minyak dan kapal buat teambuilding dengan saya. Syarikat kerajaan ada buat program untuk seluruh kementerian. Program keluargasunnah. Prokids remaja. Saya tour seluruh Malaysia. Saya ada 3 restoren Paramount Coffee House. Sebenarnya dah plan nak buka seluruh Malaysia. Dan nak buka di luar negara. Belum sempat jer. Butik jubah. Syukur rezeki makin melimpah ruah. Saya tulis 9 buku. Semua buku laris. Buku yang dah 8 tahun tulis masih laris sampai sekarang.. Tambahan lain Youtube dan Facebook ada bayaran dapat. Syukur saya ada 2 program Tv. 2 tahun dah. Door to door ebit lew astro aosis. A bit with ebit di Tv Al Hijrah. Dua program saya sendiri dah 2 musim. Dapat juga bayaran syarikat media untuk iklan sedikit sebanyak. Staf kakitangan tetap saya ada 55 orang. Begitulah rezeki Allah beri. Tapi saya yakin Allah beri semuanya. Jaga solat sayang ibu. Sayangi isteri dan anak-anak. Selalu sedekah dan sayang semua orang. Bekerja kuat untuk bantu orang miskin dan anak yatim jihad. Sebarkan kasih sayang. Kaya dihati. Ini semua dunia sementara. Allah punya semua. Dia boleh beri dia ambil semula. Dia Maha Kuasa-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Di hujung posting berkenaan, beliau yakin bahawa segala rezeki yang diterima datangnya daripada Tuhan. Amalan seperti menjaga solat, menyayangi keluarga dan membantu orang yang miskin telah menambahkan berkat terhadap rezeki yang diterima olehnya. Beliau sempat menitipkan peringatan buat orang ramai untuk sentiasa bersyukur kerana sesungguhnya apa yang diberi, boleh ditarik semula oleh-Nya.

Sumber :IG Ustaz Ebit Lew

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Dulu Menangls Sebk Dapat RM2, Sekarang Ustaz Ebit Lew Bersyukur Dengan Rezeki Yang Diterima DariNya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*