Pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam Ahmad, 34, mendedahkan sepatutnya sambutan Aidilfitri tahun ini diraikan di kampung halamannya yang terletak di Johor Bahru.
Rebecca mendedahkan perkara menerusi salah sebuah entri yang dikongsikan di laman Instagram miliknya.
“Sepatutnya this year turn Raya kampung mummy Becca di Johor Bahru sebab last year dah Raya Kuching, Sarawak, kampung suami.
“Tapi apakan daya, perancangan dari Allah swt tiada siapa yang tahu,” tulis Rebecca.
Reda dengan keadaan wabak COVID-19 yang masih belum diketahui bilakah bakal berakhir, Rebecca bersama keluarga mahu terus kekal berada di rumah sendiri dan bakal menyambut Syawal di Kuala Lumpur sahaja.
“Anda pula sepatutnya Raya tahun ni Raya ke mana? Cuba share sikit, anda sedih tak? Ke macam mana perasaan anda?
“#MrsAzam #TetapBerSyukur #Reda #PastiAdaHikmahnya #Sedih #TapiDemiKeselamatanDiriKeluargaNegara #StaySafe #StayAtHome
“Nampak gaya Raya di Kuala Lumpur sahaja tahun ni,” tulis Rebecca.
Di ruangan komen, rata-rata peminat Rebecca turut menyuarakan kesedihan masing-masing tetapi mereka juga reda dengan ujian yang sedang dihadapi oleh semua umat Islam kini.
Rebecca mendirikan rumah tangga bersama Datuk Nur Azam Sulaiman pada 24 Januari 2011 dan dikurniakan lima anak iaitu Nor Anggun Raverra, 8, Nor Anggerik Renesmee, 7, Nor Aliff Al- Raffael, 4, Nor Ahmed Al- Reaggan, 1, dan Nor Aurora Riana, 1
Dalam pada itu, Rebecca juga memiliki seorang anak angkat, Nor Adam Daniel, 12, serta dua anak tiri yang masing-masing berusia 24 dan 17 tahun.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber : gempak
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“Sepatutnya Tahun Ini Giliran Beraya Di Kampung…” Rebecca Nur Al Islam"