“Svmpah Saklt, Tak Tahu Macam Mana Pengkld Pakai Benda Tu” Ayda Jebat K0ngsi Pengalaman Tiga Bulan Pakai Bengkvng

PELAKON Ayda Jebat mengakui berdepan kesukaran semasa melakonkan karakter gadis berperwatakan kasar dalam drama Bukan Gadis Biasa.

Ayda berkata selama tiga bulan penggambaran dia perlu mengenakan pakaian khas untuk memastikan watak tersebut dapat diterjemahkan dengan baik.

“Saya pakai bengkung atau binder (pakaian dalam untuk wanita) selama tiga bulan masa penggambaran drama ini untuk jadi watak Jo.

“Tak tahu macam mana pengkid boleh pakai benda tu setiap hari, berpuluh tahun atau sampai ke tua… sumpah sakit. Leper weh walaupun macam kuih koci je pun!,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

💙💙💙 . Saya pakai bengkung/binder selama 3 bulan masa shooting drama ni untuk jadi watak Jo. Taktau macam mana pengkid boleh pakai benda tu everyday, berpuluh tahun or sampai ke tua. Sumpah sakit. Leper weh walaupun macam kuih koci je pun. 😭🤣 . Tapi saya percaya, jangan judge orang dari luaran. Kadang-kadang yang kita nampak tak senonoh tapi berhati baik, yang nampak suci murni lagi teruk perangai daripada syaitonnn. Kan? . Apa-apa pun doakan yang baik-baik buat mereka, kita dan semua. Pengajaran paling bernilai yang saya dapat dalam Bukan Gadis Biasa. . Episode 7, 7 malam ni di @tv3malaysia ok. Tweet #BukanGadisBiasa and jumpa malam ni. 🤍 . #AydaJebat #Jo #Johana #BukanGadisBiasa #JSPictures #AkasiaRamadhan2020 #JoSayangPakYa

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on

Ayda berkongsi pengalaman bawa watak pengkid.

Tunang kepada pengacara Nabil Mahir ini berkongsi pengalamannya berlakon dalam drama tersebut menerusi laman Instagram.

Sementara itu, Ayda mengakui watak gadis pengkid yang dilakonkan itu memberi banyak pengajaran kepadanya untuk tidak menilai seseorang daripada luaran semata-mata.

“Saya percaya, jangan judge orang dari luaran… kadang-kadang yang kita nampak tak senonoh tapi berhati baik, yang nampak suci murni lagi teruk perangai daripada syaitan kan?

Barisan pelakon drama Bukan Gadis Biasa.

“Apa-apa pun doakan yang baik-baik buat mereka, kita dan semua. Pengajaran paling bernilai yang saya dapat dalam Bukan Gadis Biasa,” ujarnya.

Selain Ayda, drama Bukan Gadis Biasa juga dibintangi oleh Sheila Rusly, Remy Ishak, Idzham Ismail, Nazim Othman, Ozlynn Waty dan Mas Khan.

Drama arahan Azman Yahya atau Jinggo ini bersiaran di slot Akasia TV3 sepanjang Ramadan pukul 7 malam bermula 23 April lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : mSTar

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Svmpah Saklt, Tak Tahu Macam Mana Pengkld Pakai Benda Tu” Ayda Jebat K0ngsi Pengalaman Tiga Bulan Pakai Bengkvng"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*