“Yang Penting Restu Ibu, Baru B0leh Kahwln” Sean Lee Pasang Angan-angan Jadi Bapa Muda

SETIAP pasangan bercinta pastinya mengimpikan untuk membina mahligai perkahwinan bersama insan tersayang pilihan hati mereka.

Begitu juga dengan pelakon dan pengacara, Sean Lee, 25, yang turut memasang impian mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

“Kalau tanya fasal kahwin, saya memang pernah target nak kahwin cepat-cepat… calon itu dah ada, kalau kita berkawan dengan seseorang dan rasa selesa itu pun dah kira antara calon.

“Sebenarnya saya ada cita-cita nak jadi ayah muda, memang saya pernah letak harapan begitu tapi dalam keadaan sekarang ini kita pun tak tahu lagi macam mana!

Sean tidak kisah mengenai calon isteri asalkan wanita itu mendapat restu ibunya.

“Apa-apa pun, dalam hal ini yang paling penting sebelum mendirikan rumah tangga ialah mendapat restu ibu… kalau dia kata okay, baru kita teruskan perkahwinan,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, Sean mengakui kehadirannya dalam industri seni mula mendapat perhatian peminat setelah mengacarakan program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY).

Meskipun pada awalnya dia agak kekok bergelar pengacara, Sean berkata dia bersyukur kerana mendapat bimbingan dan bantuan daripada rakan pengacara, Shuk Sahar.

Shuk banyak membantu memantapkan lagi bakat pengacaraannya.

“Program ini secara tak langsung membantu menaikkan nama saya dalam industri, semestinya saya seronok kerana menjadi rancangan nyanyian nombor satu.

“Sejujurnya mengacara ini lebih susah daripada berlakon sebab saya ini agak pendiam. Sebagai pengacara perlu berinteraksi dengan penonton dan kena banyak bercakap.

“Tapi saya bersyukur kerana dapat bekerja dengan Shuk dan banyak mengajar saya cara nak sesuaikan diri dan tak rasa kekok. Dia juga banyak beri tunjuk ajar dan peluang kepada saya dalam bidang ini,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : mSTar

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment on "“Yang Penting Restu Ibu, Baru B0leh Kahwln” Sean Lee Pasang Angan-angan Jadi Bapa Muda"

  1. Semoga dapat mencari colan yg sesuai dan semoga bahagia

Leave a comment

Your email address will not be published.


*