“Jangan Ser0n0k Sangat, Kita Bel0m Menang” Ramai Yang DegiI, Naim Daniel Bimbang PKP Dil0nggar

KEPUTUSAN kerajaan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula pada 4 Mei depan mengundang pelbagai maklum balas daripada rakyat Malaysia.

Bagaimanapun ada segelintir rakyat berasa kurang senang dengan keputusan tersebut dan menganggap kelonggaran yang diberikan itu akan mewujudkan satu kluster baharu jangkitan wabak Covid-19.

Susulan itu, penyanyi Naim Daniel turut menyuarakan kebimbangannya melihat ada sesetengah rakyat yang degil biarpun negara dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.

Naim memuat naik pendapatnya di Instagram.

Naim, 23, melihat golongan degil itu seakan-akan menganggap Malaysia sudah bebas daripada jangkitan tersebut sedangkan negara masih mempunyai dua angka kes.

“Kita belum menang. Malaysia, dalam PKP pun ada diantara kita yang degil. Inikan pula jika dilonggarkan. Jangan sampai angka ajal meningkat memanggil. Habis menyesal seluruh badan. Jangan seronok sangat.

“Kita tak punya vaksin atau penawar. Angka yang dijangkiti masih wujud. Negara Taiwan yang kosong kes pun masih lagi melaksanakan kawalan pergerakan.

“Kita belum menang. Malaysia, dalam PKP pun ada diantara kita yang degil.”

NAIM DANIEL

PELAKON DAN PENYANYI

“Kita masih lagi dua angka kes setiap hari macam dah menang perang,” kata pemilik nama tMuhammad Naim Daniel Baharin itu.

Penyanyi lagu Sumpah itu memuat naik pandangannya mengenai isu tersebut di laman Instagram miliknya pada Jumaat.

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin memperkenalkan PKPB itu semasa menyampaikan perutusan khas sempena Hari Pekerja, pada Jumaat.

Biarpun hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan dibenarkan beroperasi secara bersyarat mulai 4 Mei ini, majikan disarankan supaya menggalakkan pekerja terus bekerja dari rumah.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memperkenalkan PKPB semasa menyampaikan perutusan khas sempena Hari Pekerja.

Dalam pada itu, rata-rata netizen dan beberapa selebriti antaranya Nabila Huda dan Faralyna Idris juga bersetuju dengan pandangan pelakon drama bersiri Pia itu.

“Betul setuju tu. Lepas ini kita tengok macam mana gelagat rakyat Malaysia bila diberi kelonggaran sebegini dan tengok juga bilangan kes Covid 19 setiap hari.

“Setuju. Mungkin desakan dari sesetengah pihak kerajaan longgarkan PKP. Kita yang ada akal fikiran ini sila duduk rumah jangan nak merayap. Stay safe, stay at home. Kita pasti menang.

“Setuju @naimdanielx bila-bila masa saja kes boleh naik semula dengan mendadak. Berhati-hati saja sekarang ini,” komen beberapa netizen di laman sosial Naim.

Namun ada antara netizen yang tidak bersetuju dengan pandangan itu kerana berpendapat keputusan kerajaan itu dibuat selepas mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : mSTar

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Jangan Ser0n0k Sangat, Kita Bel0m Menang” Ramai Yang DegiI, Naim Daniel Bimbang PKP Dil0nggar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*