Saban hari ada sahaja selebriti tanah air yang menyahut cabaran internet kini. Mungkin untuk mengisi masa lapang mereka, namun setiap satunya memiliki cara yang tersendiri membuatkan ramai terhibur menontonnya.
Salah satunya adalah ‘#dontrushchallenge’ yang menjadi semakin terkenal di media sosial kini. Cabaran ini dimulakan dengan seseorang yang kelihatan biasa-biasa ataupun tidak kemas dan kemudiannya bertukar menjadi cantik dengan solekan penuh.
Baru-baru ini seorang pelakon dan pengacara bernama Uyaina Arshad pula melakukan #dontrushchallenge ini dan berkongsikan menerusi laman Instagram miliknya. Menerusi video itu kelihatan di awalnya Uyaina Arshad sangat comot telah membuatkan ramai terkejut.
Namun kemudiannya Uyaina Arshad bertukar dengan solekan penuh. Penampilan Uyaina di awalnya itu nampak agak berbeza dari selebriti lain yang melakukan cabaran tersebut sebelum ini.
Berikut adalah video Uyaina Arshad sertai cabaran internet yang dikongsikannya:
Video Uyaina Arshad sertai cabaran internet tersebut telah meraih lebih 21 ribu tontonan dan 12 ribu likes. Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:
“SubhanaAllah..Dia punya tak cantik pun cantik. Aduduuuu”
“Ternyata perempuan lawa sebab mekap”
“Ya Allah bidadari memang wujud ke ha, ke saya salah pandang ni”
Terdahulu, barisan pelakon wanita di Malaysia turut berganding bahu menghasilkan video dengan #dontrushchallenge ini dan telah menjadi tular di sosial media.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber: Instagram Uyaina Arshad
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“Uyaina Arshad Sertai Cabaran Internet,” Tapi Wajah Sebelumnya Cvri Tumpuan"