“Masa Nak Sam@n Aku Ada Pulak Duit.” Zarina Anjoulie ‘Gelakkan’ Ogy Ahmad Daud

Sejak beberapa hari ini, nama pelakon popular Fauziah Datuk Haji Ahmad Daud seakan menjadi sebutan selepas digesa oleh beberapa orang penggiat seni supaya melangsaikan bayaran selepas mereka terlibat dalam pementasan teater yang dikelola oleh Ogy.

Ramai artis kena block sebab minta bayaran

Namun, perkara tersebut menjadi semakin runcing apabila Ogy mengambil keputusan menyekat para penggiat seni yang terlibat di laman sosial selepas terus-terusan digesa oleh mereka.

Antara yang menjadi mangsa adalah pelakon Khir Rahman, Mark Adam, Syura Badron, Aloy Paradoks, Vicha, Man Rajalawak  dan ramai lagi.

Haritu kata nak saman aku

Susulan daripada itu, seorang lagi pelakon yang pernah menjadi bahan ‘gosip’ artis dalam group telegram tempoh hari iaitu Zarina Anjoulie telah memuat naik video memerli tindakan Fauziah Daud yang lari dari membayar baki bayaran kepada para krew teater Korupsi Dewan Semandung.

Dalam video tersebut, Anju telah menyuarakan rasa peliknya apabila Ogy mendakwa kekurangan dana bagi melunaskan bayaran tersebut sedangkan sebelum ini berniat mahu menyaman Anju kerana lantang mengkritik beberapa artis.

Padan muka!

Dalam pada itu juga, Anju sempat memerli Azrul yang juga salah seorang artis yang didakwa mengutuknya di dalam telegram tempoh hari kerana turut ‘tertipu’ dengan sutrada tersebut.

 

View this post on Instagram

 

Aku gelak tak habis padan muka padan muka padan muka 😂

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1) on

Tulaa bongkak sangat

Susulan daripada perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah berpihak kepada Anju diatas apa yang terjadi. Kisah pertelagahan  beberapa minggu lepas yang mengakibatkan isu saman menyaman ini turut diungkin oleh warganet yang mendakwa ini kifarah diatas apa yang telah dilakukan.

Thanks Anju luahkan apa yang aku fikir

Katanya buat loan tak lepas

Aib sendiri dah terbukak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : Zarina Anjoulie

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Masa Nak Sam@n Aku Ada Pulak Duit.” Zarina Anjoulie ‘Gelakkan’ Ogy Ahmad Daud"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*