“Rakaman Bunyi Tanglsan Wanlta Seakan ‘KvntiIanak’ Menangis” Ketika P0lis Sedang Buat R0adbl0ck

Bunyi tangisan wanita seakan ‘kuntilanak’ menangis dipercayai tindakan tidak bertanggungjawab segelintir individu yang cuba menakut-nakutkan orang awam dan petugas yang sedang menjalankan sekatan jalan raya Op Covid-19 di Jalan Tenom-Sipitang.

Kejadian itu dipercayai berlaku jam 10.30 malam kelmarin ketika lima anggota terdiri daripada tiga polis dan dua anggota Rela sedang menjalankan Op Covid-19.

Anggota polis dan Rela yang sedang bertugas terdengar bunyi tangisan wanita dan cuba mengesannya namun beberapa saat bunyi hilang.

Kejadian itu sempat dirakam anggota petugas sehingga tular di media sosial dan ramai mendakwa itu adalah tangisan makhluk halus.

Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Superintendan Hasan Majid berkata, bunyi yang dikatakan makhluk halus itu tidak wujud dan perbuatan tidak bertanggungjawab itu dilakukan oleh individu yang cuba menakut-nakutkan pihak berkuasa.

” Lokasi itu memang benar di Jalan Tenom – Sipitang namun bunyi tangisan wanita itu adalah bunyi yang diambil daripada Youtube ‘Kuntilanak menangis’.

” Sama ada mereka cuba menakut-nakutkan ataupun cuba bergurau.

” Namun polis akan menyiasat perkara itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Hasan berkata, pagi tadi, sepasukan polis menjalankan pemeriksaan berhampiran lokasi itu dan menemui satu lokasi di atas bukit yang baru ditebas.

” Kita percaya juga suara wanita menangis itu diambil dari Youtube dan dimainkan dari lokasi berkenaan melalui pembesar suara atau telefon bimbit mereka.

” Oleh itu, orang ramai tidak perlu bimbang dan kita bagi amaran supaya menghentikan perbuatan itu dan polis akan menjalankan siasatan untuk kesan pelakunya.

” Jika didapati pelakunya kita akan disiasat mengikut Seksyen 189 Kanun Keseksaan dan dihukum dengan penjara selama tempoh boleh sampai dua tahun atau denda atau kedua-duanya dan Peraturan 11 (1) Peraturan – Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah – Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (No.4) 2020, boleh dihukum dengan denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen di Facebook rata-rata netizen percaya suara tersebut sengaja dibuat individu yang mahu menakut-nakutkan pihak berkuasa.

” Alaa ni kes nak melepaskan diri dari sekatan lah agaknya ye? baling mercun dulu dan tengok hantunya keluar dengan tangisan sebenar ke tak?..jangan baling bom kecian pulak nanti” tulis Doja

” Tembak peluru kapur ke atas…jadikan seakan-akan tembakkan amaran…kalau lepas tembakkan tu dengar bunyi semak bergerak, orang la tu…kalau hantu, terus terbang..” tulis Ekudz

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : A.U

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Rakaman Bunyi Tanglsan Wanlta Seakan ‘KvntiIanak’ Menangis” Ketika P0lis Sedang Buat R0adbl0ck"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*