Namanya menjadi sebutan ramai apabila muncul dalam muzik video Damba CintaMu nyanyian Alif Satar dan Raihan. Neelofa, seorang selebriti yang petah berkata-kata dan juga berbakat dalam lakonan membuat kemunculan khas menerusi muzik video tersebut.
Dalam muzik video itu kelihatan Neelofa mengalirkan air mata sambil berdoa memohon keampunan membuatkan sesiapa sahaja yang menontonnya turut sebak. Bagaimanapun baru-baru ini Neelofa membuat siaran langsung menerusi IG Live bersama Alif Satar berkongsikan kisah mengenai muzik video tersebut.
Menurut Alif Satar, perancangan asal adalah Neelofa sepatutnya muncul dalam sedutan pendek muzik video itu. Namun disebabkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Alif dan Raihan tidak sempat untuk merakamkan muzik video penuh ini.
Selain itu Neelofa turut menceritakan pengalamannya ketika berada di Arafah tahun lalu yang mana saat hujan para jemaah dikejutkan dengan cahaya dengan tulisan kalimah Muhammad di langit.
Berikut adalah video live kisah Neelofa di Arafah bersama Alif Satar yang sempat dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter:
The second haj @Neelofa, Arafah day Allah pilih dia untuk rasai satu nikmat dan kebesaranNya yg jarang org dpt. Hujan di arafah yg org cakap dh banyak tahun tak hujan. This part buat aku cry. Meremang bulu roma kita. Dengar sambil imagine saat indah yg Neelofa rasai. Allahuakbar. pic.twitter.com/rNMTj1HaJn
— fadhilatul (@che_balqees) April 30, 2020
Perkongsian semula ini telah meraih lebih 90 ribu tontonan dan 5,600 retweets serta 7,800 likes.
Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka mengenai kisah Neelofa di Arafah ini di ruangan komen seperti berikut:
“Masa tonton video ni tiba-tiba rasa sedih sangat dan doa supaya Allah jemput untuk pergi sana”
“Tak tahu kenapa tiba-tiba bulu roma aku naik. Sebab aku tak pernah dengar this amazing kebesaran Allah. Untungnya Lofa”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber: Twitter Che Balqees
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“Ya Allah Merem@ng Bvlu R0ma” Neelofa Kongsi Kisah Yang Berlaku Di Arafah Buat Ramai Terkejut"