Lagu raya daripada Fairuz Fee Tauhid berjudul Insafi Ramadhan Raikan Lebaran sebelum ini pernah mendapat perhatian ramai apabila lagu rayanya mempunyai keunikan tersendiri yang membuatkan ramai dapat ‘layan’.
Walau bagaimanapun, lagu berkenaan kembali tular apabila menerusi laman Hot FM memberitahu bahawa penyanyi berkenaan mempunyai iras macam pelawak dan pengacara terkenal, Shuk Sahar.
Perkara berkenaan juga diakui ramai apabila jejaka yang menyanyi itu dikatakan mempunyai iras seperti Shuk. Jika sebelum ini, kecoh dilaman sosial apabila ramai dapat melihat wajah seseorang yang dikatakan sangat mirip dengan Nabil Ahmad dan kali ini, tidak disangkakan Shuk pula.
Penyanyi ini dikatakan ‘sebijik’ macam Shuk
Menerusi perkongsian Hot FM, dapat diperhatikan tiga jejaka berpakaian berwarna hitam dan salah seorangnya menyanyi dan ternyata gelagat mereka mencuri tumpuan ramai sehingga menerima pelbagai komen warganet.
“Yang tengah tengah tu macam Shuk. Mesti kelakar kalau GPH buat parody ni!!”
View this post on Instagram
Dalam pada itu, rata-rata penguna media sosial yang mengikuti Instagram Hot FM turut mahu melihat gandingan hebat penyampai radio Geng Pagi Hot iaitu Shuk Sahar, Shuib Sepahtu dan Fizie untuk melakukan parody video nyanyian berkenaan bersama.
“Yang rambut panjang tu on point betul…”
“Yaa la. Ingatkan team GPH tadi, yang tengah tu sebijik macam Shuk”
‘”Haih haritu pelanduk dua serupa Nabil, yang ni pelanduk dua serupa Shuk pulak hahaha”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber: Instagram Hot FM
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“Dekat 10 Kali Ulang…” Lagu Raya Tular, Penyanyi Dikatakan ‘Sebijik’ Macam Shuk"