Hari ni merupakan hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan. Beberapa sektor ekonomi telah dibenarkan untuk menjalankan operasi premis masing-masing.
Kedai pajak gadai menjadi salah satu premis yang beroperasi pada hari ini. Namun, apa yang membimbangkan ialah orang ramai berpusu-pusu datang ke kedai ni. Mungkin mereka nak gadai emas atau barang berharga yang mereka ada.
Ye lah mungkin ada di antara mereka yang betul-betul memerlukan duit untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam fasa pandemik Covid-19.
Tapi, perlulah mengikut SOP yang kerajaan dah tetapkan supaya penularan wabak ini tidak merebak.
Situasi tersebut dapat dilihat menerusi satu perkongsian di Twitter di mana orang ramai beratur panjang di luar kedai pajak gadai tanpa mengamalkan social distancing.
Seriouslyy??
Sedih je tengok orang beratur panjang kat kedai pajak gadai.
Harap harap tak gadai barang kemas kahwin. 😢 pic.twitter.com/ZaNYYNpvVz
— Friends of Joni (@_joni_joni_joni) May 4, 2020
Bukan sahaja di satu kawasan, malah banyak lagi kawasan yang dikongsikan oleh pengguna Twitter yang lain berhubung dengan keadaan kedai pajak gadai pada hari ini.
Mersing juga sama tuan2😭 pic.twitter.com/Ppx2J2Dzw3
— Mrpaku (@mrpaku_87) May 4, 2020
Kelihatan orang ramai tidak menghiraukan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan sewaktu PKPB ni.
Kawasan aku ni. Huhu pic.twitter.com/uMmXuuMz0o
— Pembuat kerja sia-sia (@afiqjuga) May 4, 2020
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber : lobak merah
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“Harap Je Pakai Mask Tapi N0 S0cial Distancing” Rakyat Beratur Panjang Depan Kedai Pajak Untuk Gadai Barang"