JIKA sudah tiada siapa untuk mengadu, kita sering kali mencurahkan isi hati menerusi laman sosial seperti Facebook, Twitter mahupun Instagram.
Selain luahan rasa, pelbagai persoalan yang diajukan juga biasanya akan menerima maklum balas serta pendapat berbeza-beza daripada warga maya.
Begitu juga dengan perkongsian ringkas ini oleh seorang wanita menerusi grup Facebook Saya Anak Perlis.
“Apa perasaan anda para isteri bila lepas kahwin baru tahu suami tercinta ketagih ketum?” soalnya ringkas.
Soalan itu ternyata mengundang reaksi orang ramai sehingga ia dikongsi hampir 2,000 pelayar Facebook. Malah, ia juga dihujani lebih 880 komen sejak dimuat naik pada Sabtu.
Posting tular di laman Facebook.
Rata-rata netizen memberi reaksi pelbagai, termasuklah yang berjenaka mengenainya.
Ujar seorang pelayar Facebook, seseorang itu perlu mengetahui latar belakang pasangan mereka sebelum meneruskan hubungan ke peringkat lebih serius.
Jika tidak, mereka pastinya akan menyesal di kemudian hari apabila sifat sebenar hanya terbongkar setelah mendirikan rumah tangga.
“Nasihat elok-elok, perlahan-lahan untuk berhenti. Bagi peluang. kalau tak berubah, kena pilih keputusan yang tepat.”
NETIZEN
“Sebab itu jangan jumpa terus bercinta lepas tu kahwin tanpa kita tahu latar belakangnya yang sebenar.
“Bila dah kahwin kena telan pahit maung sebab kita yang pilih sendiri tak boleh nak salahkan sesiapa betul tak?” ujar seorang individu.
“Kalau suami ketagih ketum pun, tak perlu kot heboh or tanya pendapat dalam media sosial. Aib seorang suami dan syurga isteri tu. Usaha cari penyelesaian lain daripada tanya pendapat macam tu. Renung-renunglah wahai si isteri,” tegur seorang lagi individu.
Ramai memberi pendapat berbeza mengenai apa yang diutarakan wanita itu.
“Nasihat elok-elok, perlahan-lahan untuk berhenti. Bagi peluang. kalau tak berubah, kena pilih keputusan yang tepat.
“Tak apa perlahan-lahan bagi nasihat suruh berhenti. InsyaAllah sambil berdoa pada Allah,” tulis beberapa netizen.
Selain itu, ada yang turut memberi cadangan agar mana-mana isteri dalam situasi itu membuat laporan kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Jika anda pula berada dalam situasi sama, apa yang akan anda lakukan?
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber : mStar
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“Kita Yang Pilih Sendiri…” Hasrat Nak Mengadu Svami ‘Kant0i’ Ketaglh Ketvm Lepas Berkahwin Tak Kesampaian, Si Isteri Diteg0r Seb@r Alb Di Media S0sial"