“Tega Banget” Video Y0utuber Indonesia Pr@nk Bagi Makanan Berbuka Berisi S4mpah dan Batu Demi C0ntent

Bulan ramadan sepatutnya menjadi bulan di mana kita membuat kebaikan dan mencari pahala. Masa ni lah nak bersedekah kan sebab pahala berganda-ganda. 

Namun, Youtuber Indonesia, Ferdian Paleka telah dikecam netizen negara tersebut apabila video prank mengedarkan kotak makanan Indomie telah viral di media sosial. Kenapa pulak ni?

Rupanya, Youtuber terbabit dengan dua orang lagi rakannya telah memberi kotak makanan kepada golongan waria (wanita pria) atau transgender di sekitar Bandung, Indonesia. Namun, kat dalam kotak tu bukan berisi makanan sebaliknya sampah-sarap dan batu-batuan! Kejam gila!

Difahamkan, Youtuber tersebut telah memuat naik video prank itu dengan tajuk ‘PRANK KASIH MAKANAN KE BANCI CBL’ di YouTube namun telah dipadam setelah beberapa jam, lapor Detik News.

Kotak Indomie tersebut turut diberikan kepada kanak-kanak yang berada di sekitar kawasan itu. Yang teruknya, Youtuber ni sanggup tunggu budak-budak tu bukak kotak sebab nak tengok reaksi dorang. Mesti sedih bila dorang tau ada sampah je dalam kotak tu. 

Yang paling sakit hati, Youtuber dan kawan-kawan dia tu boleh gelak je dekat orang yang terkena.

Namun, pihak berkuasa tersebut sedang mencari individu yang terlibat sebab mangsa-mangsa prank telah pun membuat laporan polis.

Takde sifat berperikemanusiaan langsung dorang ni. Dah la orang tengah susah sebab wabak Coronavirus. Korang yang lain jangan nak buat benda ni jugak semata-mata nak famous.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : lobak merah

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Tega Banget” Video Y0utuber Indonesia Pr@nk Bagi Makanan Berbuka Berisi S4mpah dan Batu Demi C0ntent"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*