“Viral Baca D0a Panjang, Cucu Ded@h Neneknya Bukan Warga Emas Biasa-biasa” Selalu Kena Cvbit, Paling ‘Pening’ Tulisan Sh0rt F0rm Jawi

“SERONOKNYA dapat jumpa nenek, rindu nak balik kampung…”

Begitulah reaksi netizen setelah melihat video seorang nenek yang berbuka puasa bersama dua orang cucunya tular baru-baru ini.

Apa yang menjadi perhatian, doa berbuka puasa yang dibaca warga emas yang dikenali sebagai nenek Joyah itu agak panjang dan lama.

Ketika dihubungi, Khairul Anwar yang merupakan cucu kepada nenek Joyah berkata dia sudah biasa dengan bacaan doa-doa panjang oleh neneknya.

“Rumah nenek hanya berdekatan dengan rumah kami. Naik motor dalam seminit dua dah sampai.

“Kadang-kadang saya dan sepupu yang tinggal berhampiran selalu juga teman nenek berbuka puasa. Setiap kali nak berbuka kami perlu bersedia dengan bacaan doa nenek yang panjang,” ujar Khairul secara berseloroh.

Video yang dimuat naik Khairul mendapat perhatian netizen.

Tambah anak bongsu daripada enam beradik itu lagi, dia juga sudah biasa dengan amalan neneknya yang berusia berusia 79 tahun itu.

“Kalau pergi kenduri ataupun majlis kesyukuran, nenek memang akan berdoa panjang macam tu juga.

“Alhamdulillah bulan puasa ni pun dia masih mampu berpuasa penuh. Walaupun PKP ni dia tak boleh pergi masjid, nenek Joyah tetap menunaikan solat tarawih secara sendirian pada setiap malam,” jelas Khairul lagi.

Nenek Joyah (empat dari kanan) mempunyai 12 anak dan 40 cucu.

Mengulas lebih lanjut mengenai sifat neneknya, Khairul yang mengusahakan sebuah kedai makan memberitahu bahawa nenek Joyah merupakan seorang yang ‘tak duduk diam’.

“Nenek tak nak duduk dengan anak-anaknya kerana nak jaga ayam, kucing, pokok dan sayur di rumahnya.

“Setiap pagi, lepas nenek bangun tidur tu memang ada sahaja kerja dia buat.

“Nenek pun ada buat perusahaan kuih frozen seperti karipap pusing, kuih kacang, ubi getuk di samping kerepek dan kacang tanah. Nenek buat bila dapat tempahan untuk kenduri tak pun anak cucu nak berniaga di tempat kerja mereka,” beritahu pemuda berusia 26 tahun itu.

“Dia ada beritahu saya yang dia rindu dengan cucu-cucu yang lain disebabkan PKP ini dan sedikit sedih kerana tidak dapat meraikan Aidilfitri seperti tahun-tahun sebelum ini.”

KHAIRUL ANWAR

CUCU

Walaupun jarang bagi mereka yang berusia selanjut ini untuk menggunakan teknologi, namun nenek Joyah pandai menggunakan telefon bimbit seperti membuat panggilan dan pesanan di aplikasi WhatsApp.

“Walaupun tinggal berseorangan, nenek kerap berhubung dengan 12 anaknya di WhatsApp

“Dia selalu hantar gambar ayam, pokok, sayur… selfie pun dia hantar untuk beritahu keadaan semasa dia.

“Kadang-kadang susah nak faham ‘short form’ dia sebab dia selalu menulis dalam bahasa Jawi,” jelasnya lagi.

Nenek Joyah meluahkan rasa rindunya kepada Khairul kerana tidak dapat berjumpa cucu-cucu yang lain disebabkan PKP.

Dalam pada itu, perkara yang paling tidak dapat dilupakan Khairul tentang neneknya adalah sifatnya yang suka mencubit.

“Kalau saya dua tiga hari tak jenguk dia, bila jumpa lepas tu mesti dia akan cubit atau ketuk saya secara manja.

“Dia ada beritahu saya yang dia rindu dengan cucu-cucu yang lain disebabkan PKP ini dan sedikit sedih kerana tidak dapat meraikan Aidilfitri seperti tahun-tahun sebelum ini,” ujar Khairul yang memberitahu bahawa nenek Joyah mempunyai 40 orang cucu.

Meskipun berusia 79 tahun, nenek Joyah tetap menghasilkan makanan frozen seperti karipap pusing, ubi getuk dan kuih kacang.

Video yang berdurasi 1 minit 49 saat yang dimuat naik Khairul telah mendapat hampir 200,000 tontonan serta 17,000 retweet daripada netizen.

“Tengok nenek kau buatkan aku rindu nenek aku sebab dia bela aku dari kecil. Dah setahun dia tinggalkan aku,” tulis seorang pengguna Twitter.

“Kesian nenek aku kat kampung, kalau tak disebabkan PKP mesti dia dah berbuka puasa dengan cucu-cucu,” ujar seorang pemuda.

“Rindunya dekat nenek. Kalau balik kampung mesti dengar tazkirah nenek panjang macam ni,” tambah netizen lain.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : mSTar

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Viral Baca D0a Panjang, Cucu Ded@h Neneknya Bukan Warga Emas Biasa-biasa” Selalu Kena Cvbit, Paling ‘Pening’ Tulisan Sh0rt F0rm Jawi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*