“Gadis Trivago Simpan Baju Sksi,” Tukar Imej Dengan Pakaian Lebih ‘Halal’

Sejak Mac lalu, personaliti TV iaitu Dahlia Shazwan membuat keputusan untuk memakai tudung selepas pulang daripada menunaikan ibadah umrah.

Atas penghijrahan tersebut, pengacara rancangan Hlive itu sudah semestinya perlu menukar penampilan yang bersesuaian setelah membawa imej berhijab.

Terbaru, pemilik nama Dahlia Shazwan Mohd Amin itu berkongsi sebuah video di saluran Youtube miliknya mengenai proses penukaran koleksi pakaian daripada ‘tidak halal’ ke menutup aurat.

Menurut Dahlia, beliau mengakui proses tersebut agak sukar bagi menyesuaikan diri selain melakukan ‘mix & match’ dengan pakaian yang boleh digunakan semula bagi menampakkan lebih tertutup.

“Setiap orang ada proses penghijrahan. Ada yang tak nak mendadak sebab takut tak selesa tapi berbalik kepada komited untuk laksanakan perkara tersebut.
“Waktu mula2 ambil keputusan berhijab, satu benda saya berjanji kepada diri sendiri adalah nak buat perkara ni betul2. Tak nak pakai ketat, tapi bukan senang la. Tudung saya pun belum labuh lagi,” katanya.

Beliau juga melalui cabaran bagi menentukan jenis fesyen yang kelihatan sesuai dengan dirinya selepas sering membeli pelbagai pakaian mengikut ‘trend’ sekaligus tidak boleh ‘dikitar semula’.

“Sekarang saya suka pakai long dress, dalam pakai inner dan sarung tangan. Boleh ‘pair’ dengan seluar. Sebab nanti untuk kekal istiqamah, kena suka juga apa yang dipakai. Kena cari imej yang disukai & sesuai,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : Youtube , Instagram

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Gadis Trivago Simpan Baju Sksi,” Tukar Imej Dengan Pakaian Lebih ‘Halal’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*