Sejak semalam, kes seorang anggota polis yang bertugas menjaga lalu lintas semasa PKP dirempuh hingga meninggal dunia oleh pemandu mab0k menjadi berita utama di media sosial.
Koperal Safwan Muhammad Ismail dilaporkan meninggal dunia serta merta apabila dilanggar pemandu Hilux yang mab0k di lebuhraya LEKAS kira-kira jam 3 pagi.
“Hanya seminit memisahkan kita”
Oleh itu, salah seorang daripada rakannya yang bertugas dalam operasi tersebut telah meluahkan rasa sedih di Facebook dan memdedahkan perbualan-perbualan akhir bersama allahyarham.
Dalam perbualan mereka, allahyarham ada memaklumkan bahawa hari ini (semalam) merupakan hari terakhir mereka mengawal lalu lintas di situ dan keesokkannya akan berpindah ke tempat lain.
Perbualan terakhir bersama arwah
Namun siapa sangka rupanya itu merupakan perbualan terakhir mereka dan allahyarham benar-benar ‘pindah’ dan tidak kembali lagi.
Dalam coretan tersebut juga, sumber turut mengucapkan terima kasih diatas jasa dan bakti arwah yang berkorban tenaga dan masa demi negara serta masyarakat. Pemergiannya di bulan mulia ini begitu berbekas dalam hati rakan-rakan seangkatan.
Selamat dikebumikan
Jenazah allahyarham Koperal Safwan telah selamat dikebumikan di kampung halamannya. Pemergian anggota polis itu telah mendapat perhatian seluruh negara.
Slam takziah buat ahli keluarga
KDYMM Agong, Perdana Menteri dan seluruh rakyat Malaysia turut merakamkan salam takziah buat ahli keluarga wira negara itu atas pemergiannya demi negara.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber : Muhammad Lutfe, Istana Negara, Muhyiddin yasin
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“M4lam Ni L4st La Kita Di Sini…” Perbvalan Akhlr K0peral Safwan Sebel0m Dirempvh"