Selepas mendapat penghargaan dan pengiktirafan daripada media China serta badan penyelidik dunia, kali ini pihak Kementerian Kesihantan Malaysia sekali lagi dibri penghargaan daripada penyelidik Australia pula.
Dapat perhatian penyelidik Australia
Perkara tersebut disampaikan menerusi Channel News Asia dengan memuji cara Malaysia mengendali pendemik ini walaupun baru sahaja dua minggu menghadapi krisis politik.
Berita baik itu telah dimuat naik semula oleh Dr Jemilah Mahmood menerusi akaun Twitternya yang mengucapkan tahniah kepada KKM serta Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah.
Kudos @KKMPutrajaya @DGHisham 4leadership. All frontliners & backliners who continually worked to protect Malaysia. Thank you is not enough but may you be rewarded abundantly in every way. The road is long but Malaysia is United to end COVID19. Syabas. https://t.co/6TCwHAfWQ2
— Dr Jemilah Mahmood (@JemilahMahmood) May 5, 2020
PKP yang dijalankan bantu tangani Covid-19
Dalam pada itu juga, penyelidik Australia yang bercakap kepada Channel News Asia turut memuji tindakan Malaysia yang begitu ketat menjalani Perintah Kawalan Pergerakkan dengan mengambil tindakan kepada individu yang melanggari arahan.
Hal ini dapat dilihat menerusi penutupan premis-premis perniagaan, halangan melakukan majlis perkahwinan serta aktiviti riadah diluar rumah.
Selain itu juga, Malaysia turut memandang pendatang asing dengan melakukan saringan kepada mereka ketika PKP tanpa parjudis. Namun mereka yang didapati menceroboh ke dalam negara tetap diambil tindakan walaupun kebajikan mereka masih diutamakan.
Diharap jadi ikutan negara luar
Penghargaan ini dirakam dalam satu penulisan komentar oleh seorang penyelidik dari Australia, Stewart Nixon menerusi portal berita Channel News Asia.
Dalam pada itu juga, dia berharap agar cara Malaysia menangani masalah pendemik ini akan menjadi ikutan kepada negara-negara lain.
Peranan KP Kesihatan sangat membantu
Peranan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia yang menggabungkan kepakarannya dalam bidang perubatan dan bergerak sama dengan penjagaan dasar awam yang hebat telah berjaya mengawal pendemik ini dan meletakkan Malaysia disuatu tahap yang bagus.
Sehubungan dengan itu, Dr Jemilah Mahmood telah mengucapkan tahniah kepada semua barisan frontliner yang berbakti untuk negara sehingga diangkat menjadi salah satu yang terbaik dalam mengendalikan pendemik tersebut.
Pengiktirafan daripada penyelidik luar itu telah membuktikan bahawa Malaysia mampu mengharungi detik sukar ini walaupun mempunyai isu dalaman ketika pendemik menular.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber : Dr Jemilah Mahmood, Channel News Asia.
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "Penyelidik Australia Akvi Malaysia Layak Diiktlraf Dalam Kend@li C0vid-19"