“Saya Dipenj@ra 8 Hari, Anak Zahid Didnda RM800. Kenapa Berat Sebelah” Ibu Tvnggal

Ibu tunggal yang sebelum ini melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mempersoalkan keputusan mahkamah terhadap anak dan menantu bekas timbalan perdana menteri, Ahmad Zahid Hamidi atas kesalahan sama.

Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid dan suaminya Saiful Nizam Mohd Yusoff didenda RM800 manakala ibu tunggal tersebut, B Lisa Christina dikenakan hukuman denda maksimum RM1,000 bagi menggantikan hukuman penjara 30 hari.

“Semasa saya dipenjara selama lapan hari, perasaan saya hancur berkecai kerana tidak dapat melihat anak dan berasa sangat malu. Saya juga terpaksa meminjam wang daripada emak sebanyak RM1,000 untuk membayar denda.
“Hari ini (semalam), saya baca anak Zahid hanya diberikan denda RM800 atas kesalahan yang lebih besar dan tidak ada hukuman penjara dikenakan terhadapnya.
“Adakah saya rakyat kelas kedua di negara ini? Kenapa wujud tindakan berat sebelah? Saya perlukan penjelasan berhubung perkara ini,” katanya menerusi laporan FMT News.

Terdahulu, wanita berusia 30 tahun itu keluar membeli sepeket minuman di kawasan berhampiran dan berhenti berbual bersama tiga individu lain sebelum ditahan polis ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Tempoh penjara ibu yang memiliki seorang anak lelaki berusia enam tahun itu ditukar dengan denda selepas hakim mengambil kira kesalahan (pertama) dan dipenjara selama lapan hari di penjara Kajang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : FMT News

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment on "“Saya Dipenj@ra 8 Hari, Anak Zahid Didnda RM800. Kenapa Berat Sebelah” Ibu Tvnggal"

  1. Sedih & kesal krn undang2 berat sebelah.

Leave a comment

Your email address will not be published.


*