Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan pihaknya sudah mengenal pasti satu lagi kluster baru semalam. Menurutnya, kluster baru itu terdiri daripada anggota serta pengawal keselamatan di pusat beli belah di Cheras.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenalpasti satu kluster yang melibatkan pengawal dan anggota keselamatan di sebuah pusat beli-belah di Cheras, Kuala Lumpur. Sehingga 7 Mei 2020 jam 12 tengah hari, sebanyak sepuluh (10) kes positif c0v1d-19 telah dilaporkan dalam kluster ini yang melibatkan sembilan (9) warganegara Nepal dan seorang warganegara Malaysia.
Punca j4ngk1tan bagi kluster ini masih di dalam siasatan. Langkah-langkah pembendungan dan pencegahan seterusnya telah diambil seperti mengenalpasti dan menjalankan ujian saringan c0v1d-19 ke atas semua pekerja dan kontak rapat mereka.
Kesemua kes warganegara Nepal dalam kluster ini tinggal di kediaman yang sama di Cheras. Saringan c0v1d-19 telah dijalankan ke atas penghuni kediaman mereka, pengawal dan anggota keselamatan di pusat membeli-belah tersebut, dan juga pekerja pasaraya yang berkait rapat. Setakat ini, seramai 436 orang telah disaring, di mana 10 kes didapati positif, 347 kes negatif dan79 orang masih menunggu keputusan.
Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Cheras dan Titiwangsa akan terus menjalankan pemantauan ke atas kenaikan kes c0v1d-19 berkaitan kluster ini. Kesemua kontak rapat setiap kes telah dipanggil untuk tujuan saringan dan pendidikan kesihatan juga telah diberikan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia & Buletin Tv3
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "10 K0ntak Rapat Kluster Pengawal Keselamatan Pusat Beli Belah Di Cheras Sa.h P0sitif C0vid-19"