Pvnca Ustaz Ismail Kamus Meningg4I Dvnla Dided4hkan

PENDAKWAH terkenal, Datuk Ismail Kamus dijemput Ilahi ketika umat Islam menjalani ibadah puasa pada hari ke-15 Ramadan.

Allahyarham menghembvskan nafas terakhirnya pada usia 72 tahun. Perkara itu disahkan menerusi halaman Facebook rasmi beliau Ustaz Dato Ismail Kamus.

“Dukacita dimaklumkan tuan guru Ustaz Datuk Ismail Kamus telah meningg4l dunia sebentar tadi. Al-Fatihah,” menurut posting tersebut.

Pengumuman mengenai pemergian Ustaz Ismail Kamus menerusi halaman Facebook rasmi beliau.

Menurut Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Allahy4rham meningg4l dunia pada pukul 12.30 pagi Jumaat di kediaman beliau di Ampang.

“Tokoh pendakwah tanah air dan Pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, tuan guru Datuk Ismail Kamus telah kembali ke rahmatullah jam 12.30 pagi, 8 Mei 2020 di kediaman beliau di Ampang.

“Semoga Allah SWT menempatkan beliau ditempat yang mulia di sisi Allah SWT,” menurut posting di halaman Facebook Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia.

Terdahulu, veteran PAS itu dimasukkan ke wad di Institut Jantung Negara (IJN) sejak 26 April disebabkan keadaaan kesihatan yang agak lemah.

Exco Penerangan Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Abdul Hadi Jusoh dilaporkan berkata, ketika itu pemeriksaan mendapati keadaan tidak berkait dengan masalah jantung dan kemudiannya Ismail terus dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari yang sama.

Jelas Abdul Hadi, pemeriksaan di HKL mendapati terdapat j4ngkitan pada paru-paru, sementara ujian Cov1id -19 dilakukan sebanyak dua kali dan keputusannya adalah negatif.

Ismail yang merupakan pengasas dan penasihat Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia pernah menjalani pembed4han jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9 Mei tahun lalu.

Allahyarham merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Pvnca Ustaz Ismail Kamus Meningg4I Dvnla Dided4hkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*