“Selepas S0und Anju,” PU Syed Bvang GeI4ran ‘PU’ Pencetvs Umm@h. Ini Sebabnya

Juara Pencetus Ummah musim 2015 (PU 2015), Syed Bakri akui selepas ini dia tidak akan lagi menggunakan panggilan PU di dalam pangkal namanya.

Menurut Syed Bakri dia mengambil keputusan tersebut apabila merasakan ia lebih mudah untuknya menjalankan kerja berdakwah tanpa mengaitkan dengan apa-apa gelaran.

”Tiada lagi PU Syed di Instagram (IG) ni ya, lepas ni di Facebook (FB) pun sama.

”Ambe (saya) gunakan nama ambe sendiri, ambe rasa lebih mudah untuk jalankan kerja dakwah, mengajak dan menegur tanpa kaitkan dengan gelaran atau apa-apa jawatan,” katanya.

Syed Bakri berkongsi perkara tersebut di akaun IG miliknya.

Pun begitu, Syed Bakri berkata dia bersyukur selama lima tahun menggunakan gelaran itu dia melalui pelbagai pengalaman suka duka.

”Alhamdulilah , hampir 5 tahun letak 2 huruf di depan iaitu PU, banyak suka duka yang ambe dapat.

”Insya-Allah selepas ini panggil ambe Syed Bakri ya, ambe baru nak mula kehidupan yang baru,” katanya lagi.

‘Aku Rasa Dia Ni Samp4h’ – Kekasih Zarina Anjoulie Terkilan Dengan PU Syed

Mungkin sudah terlalu melampaui batas, Pencetus Ummah (PU) Syed atau nama sebenarnya Syed Bakri Al-Yahya tampil membuat tegvran secara terbuka kepada pelakon Zarina Anjoulie atau lebih mesra disapa sebagai Anju.

PU Syed telah memuat naik tulisan teguran tersebut di laman Instagramnya khas untuk Anju dan kekasih yang dengan sengaja sering memuat naik video mesra untuk tatapan umum.

PU Syed dalam nukilan tersebut telah meminta Anju dan kekasihnya untuk membantu Islam dan para umatnya terutama pengikut Anju di laman sosial agar takut kepada Allah.

Dengan teguran tersebut, PU Syed berharap agar tegurannya dapat diterima pasangan terbabit. Tegur tanda sayang kan?

Tetapi, nampaknya kekasih Anju, Yas kurang senang dengan teguran tersebut dan meluahkannya di Insta Story.

Yas atau nama sebenarnya Eilyas Azhar tampil mempertahankan maruah dirinya dan Anju. Dia mengakui kesilapan mereka berdua, malah turut bertanyakan beberapa persoalan mengenai urusan perkahwinan di ruangan mesej (DM) dengan harapan PU Syed dapat membantunya mendapatkan penjelasan mengenai urusan perkahwinan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan enggan terpalit lagi dengan tanggapan negatif netizen.

Namun, PU syed meminta Eilyas dan Anju mendapatkan nasihat dan panduan daripada yang lebih pakar dan arif seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), PU Azman ataupun PU Amin.

 

View this post on Instagram

 

Bye rambut 😂😂😂 @ridzokumura tq so much @cotton_candy3093 penyelamat hidup ku

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1) on

Bagaimanapun, Yas kemudian meluahkan rasa kecewanya apabila PU Syed sekali lagi memuat naik posting menegvr mereka buat kali kedua. Menurutnya, jika dia ingin menegur perbuatan mereka, pendakwah tersebut sepatutnya menghubungi mereka secara peribadi, bukannya mendedahkan kepada umum.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : – CARI via GEMPAK

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Selepas S0und Anju,” PU Syed Bvang GeI4ran ‘PU’ Pencetvs Umm@h. Ini Sebabnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*