“Beliau Sangg0p Membuat Cawangan Demi Br0” Pelanggan Tanya 5 Tahun Lepas, Tahun Ni Baru Butik Baju Melayu Jawab Di Twitter

MUDAH dan pantas hanya di hujung jari.

Begitulah salah satu ciri media sosial yang kini digunakan di mana-mana, pada bila-bila masa.

Namun, lain pula yang dialami seorang pemuda yang mengemukakan pertanyaan mengenai cawangan butik jenama baju Melayu terkenal di laman Twitter.

“Omar Ali ada tak kat Shah Alam? Nak pergi cari baju Melayu,” dia bertanya menerusi tweet yang bertarikh 2 Ogos 2015.

Omar Ali menerusi akaun Twitter rasminya @omaralimy kemudian membalas: “Kami ada cawangan di SACC Mall!”

Pemuda berkenaan mengucapkan terima kasih di atas maklum balas terhadap pertanyaannya.

Bagaimanapun, respons berkenaan dibuat pada 7 Mei 2020, iaitu kira-kira lima tahun kemudian. Menghargai maklum balas tersebut, pemuda berkenaan mengucapkan terima kasih sambil berseloroh.

“Terima kasih kerana membalas. Lima tahun kemudian…” tulis seorang pemuda menerusi akaun Twitter @LelakiOnTheGo.

Berdasarkan semakan, kali terakhir posting dibuat menerusi akaun Twitter rasmi Omar Ali ialah pada 23 Ogos 2019.

Perkongsian pemuda tersebut menjadi perhatian netizen yang menyifatkannya sebagai sesuatu yang menghiburkan.

Komen netizen yang menghiburkan mendapat perhatian admin Twitter Omar Ali.

Rata-rata netizen memberi komen dengan nada berjenaka.

“Dia tak ada cawangan kat sana masa tanya, namun beliau sanggup membuat cawangan demi bro. Lepas lima tahun baru wujud cawangan tersebut,” komen seorang netizen.

Malah, ada yang menyifatkan kelewatan itu mungkin disebabkan pemuda berkenaan tidak membuat pautan atau tagging pada akaun Twitter rasmi Omar Ali.

“Kau tak mention (tagging) kot, janganlah expect orang reply,” soal netizen lain.

“Kau tak mention (tagging) kot, janganlah expect orang reply.”

NETIZEN

Netizen juga berpandangan adalah lebih baik lambat daripada tidak dibalas langsung.

Better late than never,” ujarnya secara berseloroh.

Susulan komen berkenaan, Omar Ali memberi respons berserta emoji senyum: “Setuju!”

Late sangat tu,” balas netizen lain berjenaka.

Menerusi Instagram Story, Omar Ali memaklumkan mereka kembali aktif di laman Twitter.

Menerusi akaun rasmi Omar Ali di Instagram Story, ia memberi penjelasan bahawa mereka kembali aktif di Twitter.

“Kami kembali di Twitter! Ikuti kami @omaralimy. Kami ada pemberian atau diskaun eksklusif untuk pengikut kami di Twitter tidak lama lagi!

“Kami juga akan mengemaskini post mengenai koleksi, jualan, butik dan sebagainya di sini!” tulisnya dengan memuat naik tangkapan skrin akaun Twitternya.

Omar Ali yang merupakan jenama baju Melayu sejak 1935 turut mengeluarkan baju kurung moden dan sering menjadi perhatian ketika Hari Raya Aidilfitri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : mSTar

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Beliau Sangg0p Membuat Cawangan Demi Br0” Pelanggan Tanya 5 Tahun Lepas, Tahun Ni Baru Butik Baju Melayu Jawab Di Twitter"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*