“Dah Siap Bagi Tahu…” Situasi Puasa, Netizen Setuju Bila Part Ayah Dan Abang ‘Tenang’

Apabila tiba bulan Ramadan, semua umat Islam seperti biasa menjalani ibadah puasa. Sudah menjadi kebiasaan pula buat yang berkeluarga untuk bersama-sama bangun sahur dan berbuka.

Walau bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian warganet menerusi laman sosial Instagram apabila satu rakaman video tular dan dikongsikan semula oleh Meletop sehingga meraih ribuan tontonan.

Dapat diperhatikan menerusi perkongsian yang menjadi buah mulut sejak kelmarin ini, ia merupakan situasi yang dialami oleh sesetengah keluarga dimana pasti saja yang paling sibuk ketika waktu berbuka mahupun bersahur adalah ibu dan barulah diikuti oleh anak-anak perempuan untuk membantu dalam menyiapkan makanan.

Pun begitu, apa yang mencuit hati dalam situasi yang dikongsikan ini membuatkan ramai turut bersetuju apabila reaksi seorang ayah ketika situasi puasa di bulan Ramadan yang tenang manakala seorang abang pula tidak kalut untuk menyediakan makanan kerana ia akan dilakukan oleh perempuan terlebih dahulu.

Ternyata, video berkenaan membuatkan rata-rata para wanita meninggalkan komen setuju kerana ianya antara yang terjadi dalam sesetengah keluarga.

 

View this post on Instagram

 

Betul ke camni gais? 🤣🤣🤣🤣 Ada yang sokong keee #MeleTOP . 📹 Farah Nasser

A post shared by MeleTOP (@meletop) on

Perkongsian video berkenaan turut mendapat lebih 50 ribu tanda suka yang turut mengalami situasi puasa berkenaan dan dalam pada masa yang sama pelbagai komen juga ditingalkan warganet.

Selain itu, video tersebut turut mendapat hampir 300,000 tontonan dan membuatkan warganet turut terhibur.

Pun begitu, ada juga keluarga yang tidak mengalami situasi berkenaan kerana ada antaranya ayah dan abang mereka turut membantu ketika berbuka mahupun bersahur.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber: Instagram Meletop

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Dah Siap Bagi Tahu…” Situasi Puasa, Netizen Setuju Bila Part Ayah Dan Abang ‘Tenang’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*