Selepas 53 hari menerima rawatan di Hospital di Terengganu, seorang pemuda yang juga merupakan pesakit terakhir positif Covid-19 di Hospital Hulu Terengganu telah disahkan sembuh dan dibenarkan keluar.
Gembira boleh keluar
Hanya mahu dikenali sebagai Hafiz, 25 pemuda berasal dari Betong, Sarawak ini menzahirkan rasa syukur diatas kesembuhannya.
Memetik daripada Bernama, Hafiz yang juga merupakan peserta ijtimak Tabligh Sri Petaling mengakui berasa gembira kerana dapat pulang ke negeri kelahirannya bagi meneruskan puasa dan merayakan hari lebaran nanti.
Sedih rakan2 dah keluar wad lebih awal
Namun begitu, disebalik kegembiraannya, dia mengakui berasa sedikit sayu apabila rakan-rakan pesakit yang sama-sama dirawat telah pun dibenarkan pulang pada minggu lepas. Hal ini kerana hubungan antara mereka bagaikan sebuah keluarga.
“Hubungan kami bagaikan sebuah keluarga, begitu juga hubungan dengan kawan-kawan (pesakit Covid-19 lain) juga sangat erat, cuma saya agak terkesan apabila beberapa kawan rapat dibenarkan keluar pada minggu lepas.”
Berharap agar pendemik akan berakhir kelak
Dalam pada itu, Hafiz turut menitipkan pesanan kepada seluruh rakyat Malaysia agar tidak mengambil mudah akan ancaman Covid-19 dan sentiasa mengamalkan gaya hidup seperti disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Dalam pada itu, dia juga berharap agar pendemik ini akan cepat berakhir supaya semua orang dapat kembali hidup secara normal.
“Harapan saya agar wabak ini segera berakhir supaya kita semua dapat hidup seperti biasa secepat mungkin.”
Terengganu Zon Hijau
Setakat ini, kesemua lapan daerah di Terengganu kini dikategorikan sebagai zon hijau kerana telah merekodkan sifar kes positif Covid-19 bagi tempoh 14 hari dengan kes terakhir dikesan pada 23 April di Besut dan kesemua 13 pusat kuarantin juga sudah ditutup kecuali satu di Kemaman.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber : Bernama
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“Pesaklt Terakhlr P0sitif C0vid-19” Di H0spital Hulu Terengganu Dibenar Pulang"