“5 Hari Bertarvng Ny@wa,” Seorang Lagi Wira Barisan Hadapan Dijempvt Ilahi

Malaysia kehilangan lagi wira barisan hadapan, selepas dimaklumkan seorang anggota polis meninggal dunia akibat nahas jalan raya di Jambatan Sri Saujana, Putrajaya.

Mangsa dikenali sebagai Konstabel Muhammad Naim Ahmat Daud, 26, yang bertugas sebagai pemantau khas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) terlibat nahas selepas motosikal yang ditunggang hilang kawalan menyebabkan mangsa terbabas.

5 hari bertarung nyawa

Difahamkan, Muhammad Naim mengalami kecederaan di lutut, kepala dan tangan, dan selepas kejadian dia segera dikejarkan ke hospital.

Bertugas ketika PKPB

Setelah lima hari bertarung nyawa dan dirawat di Hospital Putrajaya, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada 12.05 pagi Selasa.

Dia insan terpilih

Turut terkesan dengan pemergian wira negara kita, di sosial media, rata-rata netizen menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Muhammad Naim dan mendoakan untuk arwah.

Pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Putrajaya, Mohamad Khairul Anuwar Ahamad, memaklumkan, kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.

Sumber : Berita Harian

Be the first to comment on "“5 Hari Bertarvng Ny@wa,” Seorang Lagi Wira Barisan Hadapan Dijempvt Ilahi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*