Tidak mahu mensia-siakan kemuliaan bulan Ramadan, beberapa artis wanita menyahut cabaran dengan mengaji Surah al-Kahfi sempena peristiwa Nuzul Quran pada Ahad lalu.
Cabaran tersebut dimulakan dengan pelakon Yatt Hamzah dan diikuti oleh Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Lufya Omar, Zulin Aziz, Anita Baharom, Fida Ibrahim, Noorkhiriah dan beberapa anak seni lain.
Yatt atau nama penuhnya Haryati Hamzah turut mencabar lima artis lelaki untuk membaca al-Kahfi yang menjadi penyelamat daripada fitnah dajjal selain bercadang mahu menjayakan surah lain pula.
“Alhamdulillah bersempena dengan Nuzul Quran 1441H/2020, kami geng2 artis mengaji menyahut cabaran #ALKAHFIRAMADHANCHALLENGE.
“Alhamdulillah dapat sama2 mengaji Surah al-Kahfi. Terima kasih sahabat-sahabat atas sokongan. Nanti kita buat Surah lain pula,” katanya.
Kesungguhan mereka mendapat reaksi positif netizen yang memuji kemerduan alunan masing-masing malah terdapat juga individu mengajak rakan-rakan menyahut cabaran tersebut.
Bacaan yang merdu!
Alhamdulillah! Sahabat yang membawa kebaikan
Jom korang!
Tonton video penuh :
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber : Yatt Hamzah
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“Tak Bvang Masa” Artis2 Wanlta Buat Cab@ran Baca Surah Al-Kahfi"