Terdahulu, kecoh sekejap Malaysia dengan isu adik kepada usahawan Jakel, mengeluarkan kenyataan di IG didakwa menyentuh sensitiviti kaum Melayu, sehinggakan ramai mahu melancarkan boikot.
Akan tetapi nampaknya, tidak semua mahu turut serta dalam boikot yang dilancarkan, apabila dilihat baru-baru ini Jakel sudah mula dipenuhi dengan pelanggan yang datang untuk mencari busana baju raya.
Sebenarnya jika mahu membeli belah dengan mengikut SOP yang betul, mungkin tidak menjadi masalah. Namun, apa yang ditakutkan apabila terdapat segelintir orang yang tidak mengambil cakna isu keselamatan dalam mencegah Covid-19.
Bawa sekali anak kecil pergi beli baju raya
Menerusi perkongsian di Facebook, Ahmad Naim, memaparkan beberapa foto para pelanggan di Jakel membeli-belah sambil membawa anak kecil bersama.
Siapa yang betul? Siapa yang salah?
Di dalam kapsyen, pengguna Facebook tersebut meluahkan kekeliruan, pihak manakah yang perlu disalahkan dalam hal ini?
“Siapa yang betul dalam hal ini? JAKEL yang tidak ikut SOP sehingga membenarkan budak kecil masuk dalam premis atau Melayu yang cerdik membawa anak-anak ikut shopping…”
Lihat sendiri menerusi foto yang dikongsikan, boleh dikatakan satu keluarga keluar pergi membeli baju raya dan dapat diperhatikan juga keadaan di dalam premis tersebut juga sedikit sesak dengan pelanggan.
Kata boikot? Pergi juga
Menjengah ke ruangan komen, boleh dikatakan ramai dalam kalangan netizen menyelar tindakan segelintir ibu bapa membawa anak kecil keluar bersama ke tempat yang sesak dengan orang ramai, disifatkan sangat berisiko mendapat jangkitan.
Kenapa nak bahayakan anak2?
Nyawa tu sekali seumur hidup
Memang ramai bawa anak kecil keluar
Tak sayang nyawa ke?
Suasana seperti itu sememangnya mendatangkan kerisauan ramai pihak, kerana selagi kita belum bebas daripada Covid-19, adalah sebaiknya kita lebih berhati-hati.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber : Ahmad Naim
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“Tak Jadi B0ikot…” F0to Pel4nggan Bawa Anak Kecil ‘Sh0pping’ Baju Raya, Cetvs Kerisavan"