BIARPUN tidak perlu hadir ke kampus seperti biasa, pelaksanaan kelas dalam talian (online) turut memberi cabaran tersendiri buat golongan pelajar.
Terbaharu, seorang gadis menjadi mangsa gelak-tawa netizen apabila usahanya membuat rakaman video untuk satu tugasan terganggu dek bunyi ayam jirannya yang sedang berkokok.
Menurut Muslina Mahazir, 20, rakaman yang dibuat pada Rabu petang itu terpaksa diulang beberapa kali bagi melengkapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarahnya.
“Itu tugasan berkumpulan, kami kena buat stau video mengenai kesihatan mental. Tengah rakam tiba-tiba bunyi ayam.
“Benda tu simple je, ayat senang tapi perlu diulang empat ke lima kali benda sama. Kena tunggu ayam berhenti berkokok baru boleh rakam betul-betul.
“Patut siap dalam dua atau tiga minit, tapi sampai dekat sejam baru siap,” ujarnya dalam nada berseloroh.
Muslina tak sangka video yang dikongsi akan tular di laman Twitter.
Mesra disapa Muslina, dia tidak menyangka video yang dikongsi ke Twitter itu akan mencuri perhatian ramai.
Namun katanya, dia sendiri cukup terhibur dengan kejadian itu dan menganggap ia sebagai satu cabaran dalam menuntut ilmu.
“Duduk rumah (kelas online) memang seronok, tapi ada cabarannya. Bukan saya, ada juga warga Twitter berkongsi hal sama.
“Ayat senang tapi perlu diulang empat ke lima kali benda sama. Kena tunggu ayam berhenti berkokok baru boleh rakam betul-betul.”
MUSLINA MAHAZIR
PENUNTUT UNIMAP
“Nak buat video tugasan, ada bunyi anjing menyalak. Ada macam-macam gangguan bunyi.
“Sebenarnya susah nak catch up belajar online, memang sangat berbeza. Saya lagi suka kalau boleh pergi belajar macam biasa,” ujar penuntut bidang Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaysia Perlis (Unimap) itu.
Sehingga kini, posting video berkenaan menerima lebih 138,000 tontonan.
Ayam jiran jiran aku semua anxiety amd depression rasanya. Asal sebut ja memberontak 😌✊🏼 pic.twitter.com/5MeWGnzwgm
— 𝑴𝒖𝒔𝒍𝒊𝒏𝒂𝒂𝒂 🌻 (@Muslina_Mahazir) May 13, 2020
Posting asal yang tular di Twitter.
Selain menerima lebih 10,000 ulang kicau (Retweet), ia turut dihujani pelbagai komen netizen.
“Ni kalau aku memang dah kena maki dah ayam tu.
“Memerlukan tahap kesabaran yang agak tinggi. Hari tu ada budak kelas bunyi lembu datang masa tengah online kelas. Terdiam lecturer masa tu. Aku tergelak barulah semua tergelak.
Muslina merupakan penuntut Unimap, Perlis.
“Weh… serious pernah alami peristiwa ni. Tengah rakam suara, bunyi ayam sama naik je,” tulis beberapa pelayar Twitter.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber : mStar
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“Asal Sebut Je Member0ntak…” Tugasan ‘Ke Laut’ Diganggu Ayam NakaI Milik Jiran, Pelajar Tak Marah Tapi Terhibur"