“Setiap Kali Keluar, Dia Kena Paku Pintu Dengan Zink Supaya Orang Tak Cvri Baju Dia” Jabir Meftah K0ngsi Kisah Seb4k

Model dan finalis Hero Remaja, Jabir Meftah tidak meletakkan dunia glamor sebagai satu perkara utama untuknya.

Dia yang juga merupakan Presiden Youth Care Malaysia untuk Pertubuhan Pendidikan Kesedaran Dan Minda Prihatin Malaysia (PPKDMPM) turut turun padang membantu mereka yang memerlukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan.

Dalam satu entri di Instagram miliknya, Jabir turut berkongsi kisah seorang nenek yang tinggal berseorangan, dan kisah yang diceritakan oleh nenek tersebut.

“Tok ni banyak benda yang dia pend4m dalam hati dia, masa dia dok cakap nampak sangat dia duduk berp3rang dengan perasaan dia. Kami faham dia nak kongsi cerita yang terbaik daripada hidup dia untuk kami sebab kami tetamu.

“Sebenarnya kami datang sehari sebelum tapi pintu rumah dia berpaku dengan zink. Ingatkan dia dah pindah, rupanya itu sahaja cara untuk dia kunci rumah bila nak keluar. Bayangkan setiap kali keluar dia kena paku pintu dia supaya takda orang cvri baju dia,” tulis Jabir.

Tambah Jabir, pada hari kedua melalui rumah yang didiami nenek tersebut, mereka ternampak nenek itu sedang memaku pintu rumahnya.

“Alangkah seb4knya perasaan ini bila nampak tok ni tengah menahan air mata bila tengah mengenang nasib diri dia. Dia kata dulu dia yang paling cantik dan digilai ramai tapi sekarang hanya mampu mengadu kepada kami yang dianggap seperti cucunya.

“Di sebalik air mata tok yang mengenang tu dia masih lagi tersenyum untuk kami. Ya Allah berilah kekuatan kepada kami dan tok ni, murahkanlah rezeki kami dan permudahkanlah semua urusan kami,” doa Jabir.

Pada yang ingin menghulurkan derma kepada PPKDMPM bagi membantu mereka yang memerlukan, anda boleh menyalurkan bantuan melalui Maybank, nombor akaun 564221647817.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

sumber: Gempak/ Pisang Daily

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Setiap Kali Keluar, Dia Kena Paku Pintu Dengan Zink Supaya Orang Tak Cvri Baju Dia” Jabir Meftah K0ngsi Kisah Seb4k"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*