“Tak Payah Jawab S0alan Pasal Anak…” Eleena Sui Syukur Tak Balik Kampung

Pengacara dan pelakon, Eleena Sui akui bersyukur apabila kerajaan tidak membenarkan rakyat pulang ke kampung halaman untuk menyambut Syawal berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Meskipun sedih, namun dalam masa yang sama Eleena gembira kerana tidak perlu berhadapan dengan soalan yang sering bertanyakan mengenai zuriat.

“Walaupun hati saya sedih bila mendengar berita mengenai tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman Raya kali ini.

“Namun jauh di suduh hati ini juga saya rasa bersyukur sangat sebab saya tidak perlu menjawab soalan berkaitan anak yang biasanya ditanya oleh makcik dan pakcik saudara.

“Pasti ada hikmah dengan apa yang berlaku sekarang. Salam Ramadan,” tulisnya.

Eleena berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang telah memberi kata semangat kepadanya tak kurang juga berkongsi pengalaman yang sama.

Eleena dan suaminya Ahmad Faisya Datuk Mohd Bustaman telah mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2017.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Tak Payah Jawab S0alan Pasal Anak…” Eleena Sui Syukur Tak Balik Kampung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*