“Terima Kasih Kepada Semua yang Mend0akan Saya,” Ustaz Kazim G4gahkan Diri Ke Pejabat

IPOH: “Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya,” kata penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias.

Mohd Kazim melalui hantaran status yang dimuat naik dalam akaun Facebook miliknya, memaklumkan beliau mengagahkan diri untuk turun mengunjungi Pusat Pendidikan Al Barakah.

“Hari ini (semalam) saya gagahkan diri ke pejabat. Rindu sangat pada Al Barakah.

“Kalau Allah izinkan, saya nak buat live FB (Facebook) balik,” katanya.

Melalui statusnya itu Ustaz Kazim turut memohon kemaafan seandainya mempunyai kesilapan dan terk4sar bahasa.

“Terima kasih atas ingatan semua. Maafkan saya jika ada salah dan silap dan halalkan makan minum,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, Mohd Kazim selesai menjalani prosedur Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan Ultrasound sebaik dimasukkan ke hospital swasta di sini, Selasa lalu.

Pegawai Khasnya, Jasmin Mastan, dilaporkan berkata, penceramah itu dimasukkan semula ke wad di hospital swasta berkenaan bagi membuat pemeriksaan lanjut.

Terdahulu, Mohd Kazim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim berada dalam keadaan kurang sihat dan dibawa ke unit kecemasan sebuah hospital swasta di sini 10 Mei lalu, untuk membuat pemeriksaan kesihatan selepas mengalami sakit belikat dan pinggang serta kembung perut.

“selepas balik ke rumah Ustaz Kazim mengadu s4kit, perut masih kembung” – Ustaz Mohd Kazim Elias Dimasukkan Semula Ke Hospital

IPOH: Setelah mendapat nasihat daripada pihak pakar perubatan, pendakwah bebas terkenal, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias dimasukkan semula ke sebuah hospital swasta di sini semalam.

Perkara itu disahkan oleh abang beliau, Datuk Mohd Najmuddin Elias Al-Hafiz melalui laman Facebooknya hari ini.

Menurut Najmuddin, adiknya dimasukkan ke wad bagi lebih memudahkan pihak hospital mengenal pasti punca kesakitan yang beliau alami.

“Proses MRI dan skop telah selesai dijalankan, masih menunggu keputusannya, apa pun keadaannya petang ini agak baik sikit dari sebelum ini.

“Biarlah beliau berehat sementara kerana doktor mengatakan beliau kurang rehat,” katanya

Najmuddin berkata, hari ini adiknya sudah boleh tidur sedikit, cuma masih lemah akibat kesan bius.

“Kami ahli keluarga dan peminat-peminatnya pasti gembira dan lega dengan perubahan positif hari ini.

“Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan mengambil berat keadaan beliau,” ujarnya.

Najmuddin berkata, pihak keluarga amat menghargai segala doa orang ramai dan amat berharap agar doa itu dapat diteruskan.

“Allah sahaja yang mampu membalasnya. Bukan publisiti yang kami cari, cuma saya memikirkan bahawa beliau adalah milik orang ramai.

“Maka saya kena beritahu perkembangannya untuk maklumat tuan puan jua, terima kasih banyak-banyak,” katanya lagi.

Sebelum ini ustaz kazim di laporkan mengalami sakit belikat dan pinggang serta kembung perut dan beliau sudah dibenarkan pulang.

Bagaimanapun selepas balik ke rumah Ustaz Kazim masih mengadu sakit pada bahagian belakang dan perutnya juga masih kembung.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber awani via coretan ummie

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Terima Kasih Kepada Semua yang Mend0akan Saya,” Ustaz Kazim G4gahkan Diri Ke Pejabat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*