Sebelum ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kawasan Pudu dan sekitarnya belum lagi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), sebaliknya hanya kawalan secara pentadbiran.
Namun, pemasangan pagar kawat duri dari kawasan D’Majestic Place hingga ke persimpangan Jalan Pasar/Jalan Pudu dan Jalan Landak telah dibuat sejak pertengahan malam bertarikh 15 Mei 2020.
Hari ini, petugas-petugas KKM bekerjasama dengan polis serta angkatan tentera bagi melakukan ujian saringan COVID-19 di sekitar Jalan Pasar Pudu, yang kebanyakannya dihuni oleh warga asing.
Pasukan ini kelihatan sudah siap siaga dan lengkap berpakaian PPE semenjak pukul 9.30 pagi dan mula mengumpul penduduk sekitar di khemah khas untuk melakukan saring COVID-19.
Turut juga dimaklumkan, kebanyakan penghuni warga asing yang menetap di rumah-rumah kedai, enggan memberi kerjasama untuk melakukan saringan COVID-19, sehingga memaksa para petugas kesihatan kediaman dan mengarahkan turun untuk melakukan ujian.
Menurut laporan Harian Metro juga, mereka mendapati penduduk sekiyar masih lagi menjalankan aktiviti mereka seperti biasa walaupun dikelilingi dengan kawat duri. Terdapat beberapa premis yang di sekitar kawasan berkenaan dilihat tidak menjalankan operasi.
Kebanyakan rakyat Malaysia kelihatan begitu marah dengan kedegilan warga asing yang enggan memberikan kerjasama untuk melakukan saringan COVID-19 ini dan sekali gus menyusahkan petugas-petugas kesihatan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber: Harian Metro.
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“Wrga Aslng Berdeg!l,” Enggan Berkerjasama Lakukan Sarlngan C0VID-19"