Nampaknya, isu wartawan bersesakan di dalam masjid ketika solat Jumaat baru-baru ini, turut mendapat perhatian pelakon hebat Sabri Yunus.
Hantarannya di Facebook jelas menggambarkan kekecewaannya berhubung insid3n berkenaan.
“Ibadah solat Jumaat bersyarat itu tujuannya untuk tidak berlaku jemaah berkumpul dalam masjid. Namun, berlaku juga berkumpul dalam masjid tanpa jarak sosial pada yang tidak bersolat.
“Akal saya kata, baiklah benarkan jumlah orang solat seramai jumlah yang tak solat, tapi dibenarkan masuk dalam masjid masa orang solat. Peluang untuk orang solat lagi ramai. Dah lama tak solat ni,” tulisnya.
Sementara itu, dalam hantarannya pagi tadi Sabri yang juga lebih dikenali dengan julukan Pok Ya Cong Codei turut mempersoalkan perlakuan orang ramai dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kota Bharu, Kelantan.
“Seperti ada pesta! Tiada beza dengan persediaan hari raya, cuma semua orang pakai pelitup (topeng muka) saja,” ujarnya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber: cari
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“Orang Tak S0lat Boleh Pula Berkumpul Dalam Masjid” Sabri Yunus Sind1r Siapa Tu"