“Sebagai Graduan, Saya Berd0a M0ga UKM Terus Cemerlang..” Dr Noor Hisham

Walaupun menjadi figura paling popular di Malaysia, sebagai Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah tidak lupa salah satu tempat pengajian beliau menimba ilmu ketika dahulu.

Menerusi sidang media harian Covid-19 petang tadi, beliau sempat menzahirkan ucapan sambutan Jubli Emas Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan ucapan selamat menyambut Jubli Emas iaitu ulang tahun yang ke-50 kepada UKM.

“Sebagai seorang graduan, saya berdoa semoga UKM terus melahirkan graduan-graduan yang cemerlang dan berdaya saing seiring dengan mottonya Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan,”
katanya.

Beliau yang berusia 57 tahun itu adalah pakar bedah terlatih berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Surgeri dan Ijazah Doktor Perubatan daripada UKM pada 1988 dan 1994.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : Facebook

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Sebagai Graduan, Saya Berd0a M0ga UKM Terus Cemerlang..” Dr Noor Hisham"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*