Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah tiba di bangunan Parlimen jam 9.55 pagi bagi menghadiri Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas hari ini.
Seri Paduka menyampaikan Titah Diraja Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen yang juga sesi Parlimen kali pertama kerajaan Perikatan Nasional yang membentuk kerajaan Mac lalu.
Tiada perbahasan seperti biasa pada sidang kali ini dan dipinda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Pada 13 Mei lalu Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof memaklumkan tiada persidangan selepas Titah Diraja bagi sesi ini.
Ia berikutan wabak COVID-19 yang melanda negara yang masih belum reda sepenuhnya.
Muhyiddin Yasin layak dilantik jadi PM
Dalam titah Seri Paduka tersebut, baginda bertitah Tan Sri Muhyiddin Yassin layak dilantik sebagai Perdana Menteri kerana mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, baginda yakin Muhyiddin akan membawa negara mendaki persada kejayaan.
Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14, di Dewan Rakyat, hari ini.
Peringatan Al Sultan kepada Ahli Parlimen
Baginda bertitah, kemelut politik negara pada Februari lalu tidak boleh dibiarkan berlarutan dan berpanjangan tanpa ada penghujung.
Selain itu, baginda yakin kerajaan akan terus berusaha meminimumkan kesan buruk COVlD-19 kepada rakyat dan negara, pastikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat terjamin.
Al- Sultan turut mengingatkan Ahli Parlimen supaya jangan menyeret negara ke kancah politik sewaktu berdepan COVlD-19.
Dalam pada itu, baginda turut bertitah, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan akan terus dipertahankan, namun penganut agama lain bebas amalkan agama mereka secara aman.
Baginda sudah menggalas amanah dengan telus dan seadil-adilnya.
Menurut baginda Al Sultan lagi, beliau sudah menggalas amanah dengan telus dan seadil-adilnya dalam urusan pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri kelapan.
Titah Seri Paduka, sejurus selepas peletakkan jawatan Dr Mahathir Mohamad, baginda telah mengadakan pertemuan dengan semua ahli parlimen pada 25 dan 26 Februari untuk menilai sokongan dan kepercayaan setiap daripada mereka.
” Sesungguhnya beta sudah menggalas amanah dengan telus dan seadil-adilnya selaras dengan konsep Raja Berpelembagaan dan demokrasi berparlimen yang menjadi tunjang amalan negara kita.
” Pada masa sama, beta menghargai kematangan dan kerjasama semua Ahli Dewan dan rakyat yang memainkan peranan dengan penuh berhemah dan beretika sehingga membolehkan beta menggalas amanah ini,” titahnya.
Seri Paduka bertitah demikian ketika merasmikan pembukaan mesyuarat parlimen ke-14 di Dewan Rakyat, hari ini.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber : limau ais
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“Agong Titah Muhyiddin Lay@k Dilantik Jadi PM” Dan Ini Perlngatan Baginda Kepada Ahli Parlimen Lain"