Pelakon dan penyanyi Bella Astillah posit1f walaupun tidak dapat berhari raya bersama suami kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bella ketika dihubungi berkata, walaupun terasa sedikit kekurangan pada Aidilfitri tahun ini, namun demi keselam4tan dan kesihatan diri dan anak, mematuhi arahan kerajaan adalah yang terbaik.
Bagaimanapun Bella mengakui pada awalnya perasaan ingin berhari raya bersama suami itu ada, tetapi selepas mengambil kira beberapa faktor Bella membatalkan hasrat tersebut.
Tambahan lagi pada masa sekarang teknologi semakin canggih, pelbagai aplikasi boleh digunakan supaya tidak terasa berjauhan.
“Bella dan Aliff memang tak dapat beraya bersama sebab keadaan sekarang, tapi Bella faham ia adalah untuk kebaikan bersama
“Mula-mula tu terfikir juga cara nak beraya dengan suami tapi Bella posit1f sahaja. Lagipun sekarang ni dah macam-macam teknologi kita ada.
“Kita boleh video call atau guna aplikasi untuk beraya beramai-ramai secara maya. Tak ada masalahlah pada Bella.
“Lagipun bila keadaan dah okay, Ayden akan jumpa juga dengan ayah, atuk dan nenek serta ahli keluarga lain di Singapura,” katanya posit1f.
Bercakap tentang persiapan hari raya, Bella akui tahun ini perbezaan agak ketara kerana tidak dapat pulang ke kampungnya di Sabah.
“Raya tahun ni memang berbeza dengan tahun-tahun sudah sebab Bella tak balik kampung dan memang beraya di Kuala Lumpur.
“Selalunya Bella akan beraya di Sabah atau Singapura tapi kali ni tak dapat. Memang terasa, tetapi asalkan Bella ada mama, ayah, anak dan adik beradik di sini, Bella okay dah bersyukur.
“Cumanya tahun ini sambutannya agak sederhana, kemas-kemas rumah, hias sikit-sikit supaya ada suasana raya.
“Tapi yang seronok, kami buat kuih raya bersama-sama. Macam-macam jenis kami buat, adalah rasa perasaan nak raya tu kan,” katanya teruja.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber : gempak
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“Baru Je Umum Sudah Bersama Aliff Aziz Kembali,” Bella Astillah D3dah Tak Beraya Bersama Tahun Ini"