“Ramai Gigih Pergi Balai Minta Kebenaran,” Ingat Boleh Lepas. Sekali Ini Jawapan..

Masih belum berputus asa! Selepas berita mengatakan beratus kenderaan diarah berpatah balik, nampaknya orang ramai cuba menggunakan kaedah ‘pujuk’ pihak polis.

Ini selepas kira-kira 70 peratus permohonan rentas negeri diterima Polis Johor adalah untuk pulang beraya di kampung.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, bagaimanapun semua permohonan rentas negeri untuk pulang beraya itu ditolak.

Katanya, pihaknya menerima antara 1,000 sehingga 1,500 permohonan rentas negeri setiap hari yang dilakukan di balai polis seluruh negeri sejak beberapa hari lalu.

” Namun 70 peratus permohonan dengan alasan pulang beraya di kampung kita ditolak.

” Kita hanya benarkan rentas negeri bagi kes kecemasan sahaja.

Jangan buang masa, memang tak boleh!

” Oleh itu, jangan buang masa anda membuat permohonan jika itu alasannya mahu rentas negeri.

” Saya minta kerjasama orang ramai supaya jangan ambil kesempatan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini dan jika masih terus berdegil, mereka akan diarahkan berpatah balik di pintu keluar negeri.

” Masih ada 33 Sekatan Jalan Raya (SJR) di jalan keluar negeri ini termasuk di lebuh raya, jalan negeri atau kampung dan jika tiada surat kebenaran akan diarahkan berpatah balik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.

Jangan sampai kena kompaun

Terdahulu sebanyak 500 kenderaan ditahan polis semalam kerana merentas negeri dan memberi alasan mahu balik kampung, kata Menteri Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

” Mereka yang ditahan kerana cuba merentas negeri (di seluruh negara) untuk balik kampung, sudah diarah berpatah balik.

” Jadi mesyuarat (khas menteri-menteri) hari ini memutuskan tindakan kompaun boleh dimulakan oleh pihak polis (ke atas pesalah),” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya

Ismail Sabri berkata, kesal dengan sikap rakyat yang tidak mengendahkan arahan kerajaan yang menyekat pergerakan rentas negeri ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan meminta semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, sebanyak 146 sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri dibuka dan memeriksa 238,500 kenderaan.

” Kita lihat trend ini dan minat orang nak balik kampung itu, maknanya masih ramai seolah-olah tidak berminat mematuhi SOP yang disediakan.

” Walaupun kita kata jangan balik kampung, tolong jangan balik kampung untuk rentas negeri, masih juga berlaku,” katanya.

Beliau berkata, pihak berkuasa tidak akan berlembut dalam hal itu dan akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang melanggar SOP, selepas ini.

Katanya, fasa menggunakan budi bicara dan nasihat serta amaran yang diamalkan sejak semalam akan ditambah dengan kompaun.

” Saya harap tak perlulah (anda) sampai dikompaun, duit bayar kompaun itu boleh guna untuk perkara lain. Yang penting patuh arahan dikeluarkan kerajaan,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : Limau ais

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Ramai Gigih Pergi Balai Minta Kebenaran,” Ingat Boleh Lepas. Sekali Ini Jawapan.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*