Pengacara senior, Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih sinonim dengan panggilan Pak Nil ada memuat naik satu rakaman menerusi Iaman media sosial Instagram miliknya.
Menerusi rakaman video tersebut, Pak Nil telah meluahkan rasa marahdan geram terhadap pelakon, Saharul Ridzwan yang kini semakin menjadi perhatian netizen.
“Assalamualaikum ni Pak Nil ada benda yang tak puas hati yang Pak Nil nak katakan kat video ni. Tapi Pak Nil tak nak sebut nama dia lah, siapa yang terasa tu terasa lah.
“Kalau kau tak boleh nak buat keputusan ko jangan menyeksa orang lain boleh tak? Sebab kau orang semua jadi haru-biru. Tak tahu apa isi hati kau, kau suka ke kau tak suka ke semua kau nak pendam kononnya untuk kebaikan orang lain di sekeliling.
“Kebaikan apa yang kau buat? Sampaikan menyebabkan menderita anak orang. Sampai menyebabkan keluarga tunggang-langgang.
“Kononnya nak menjaga hati dan perasaan akhirnya sekarang kau tengok apa yang berlaku. Anda tahu ke Pak Nil cakap pasal siapa?,” katanya.
Bagaimanapun, ekspresi rasa tersebut adalah berkait rapat dengan watak lakonan Saharul menerusi drama bersiri Korban Kasih.
“Si Jalil ni! Dulu dalam drama (Jangan Benci Cintaku) yang hari tu pun dia jadi Shah tu pun aku sakit hati. Sekarang ni drama Korban Kasih ni pun aku sakit hati dengan dia.
“Eh kau ni memang suka ambil watak lelaki yang tak tahu apa nak buat tak boleh buat keputusan? Aku keluarkan juga aku carutkan nanti.
“Dahlah aku malas nak tengok ada tiga episod jer lagi, tengok juga!,” katanya lagi.
Drama ini diadaptasi daripada novel Korban Kasih itu bersiaran pada setiap hari, jam 7 malam di saluran TV1.
Selain Saharul, drama berkisahkan mengenai nilai kekeluargaan ini turut dibintangi pelakon hebat seperti Zara Zya, Ummi Nazeera, Dynas Mokhtar, Azrel Ismail, Ezzaty Abdullah dan ramai lagi.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber : Instagram Aznil Haji Nawawi
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“Kebaikan Apa Yang Kau Buat” Pak Nil ‘Mar4hkan’ Saharul Ridzwan, Tapi Hujung-Hujung Ini Pvncanya"