“Lama Tak Keluar Rumah, Tiba-tiba Dah Ada Macam Ni” Juruf0to Terpvkau Jumpa L0kasi Rare Lavtan Ungu, Bukan Di Luar Negara Tapi Di Malaysia

“TERASA seperti menjejakkan kaki ke luar negara.”

Demikian kata seorang jurufoto bebas, Syazana Shukur, 24, mengenai panorama bunga keladi bunting yang memenuhi Kolam Takungan Banjir di Semabok, Melaka.

Mesra disapa Syazana, dia yang menetap di negeri itu secara tidak sengaja lalu di kawasan berkenaan sebelum melihat tumbuhan tersebut mekar dalam rona ungu yang cukup indah.

Dia kemudiannya berkongsi beberapa foto yang dirakam menerusi Instagram sebelum dibanjiri pertanyaan orang ramai mengenai lokasinya.

“Saya sedang memandu di kawasan itu sebelum melihat lautan bunga berwarna ungu. Agak terkejut juga mula-mula. Rasa macam di Amsterdam pula.

Syazana akui terpegun lihat panorama di kawasan itu.

“Sebagai jurugambar, kita ada deria dalam jiwa setiap kali ternampak subjek yang menarik untuk menjadi karya.

“Kebetulan saya memang bawa kamera, berhenti sekejap di bahu jalan untuk rakam panorama itu,” ujarnya kepada mStar.

Dalam keseronokan menghala lensa kameranya, Syazana juga sedar mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Covid-19 yang dilaksanakan dalam negara.

“Tak pernah tengok lagi sebelum ni. Sebab tu agak teruja. Sebelum ni tempat tu orang memancing je.”

SYAZANA SHUKUR

JURUFOTO BEBAS

Jelasnya, dia hanya singgah kurang lima minit dan memakai topeng wajah sepanjang berada di lokasi itu.

“Ada nampak juga orang lain berhenti di lokasi itu untuk bergambar. Tapi saya jaga jarak. Memang lebih satu meter, jauh dari mereka.

“Selepas itu, saya masuk kereta dan rakam dari tingkap kereta dan berlalu pulang ke rumah dan berkongsi di media sosial,” ujarnya lagi.

Antara foto yang sempat dirakam Syazana.

Menurut Syazana, ini merupakan kali pertama dia melihat tumbuh-tumbuhan itu dalam kuantiti yang cukup banyak di kawasan berkenaan.

Malah, ramai rakannya dari negeri itu turut mengakui terkejut memandangkan mereka sudah lama tidak keluar rumah.

“Tak pernah tengok lagi sebelum ni. Sebab tu agak teruja. Sebelum ni tempat tu orang memancing je.

Ada yang melintasi kawasan itu singgah seketika untuk melihat panorama berkenaan dengan lebih dekat.

“Kawan-kawan pun terkejut. Masing-masing lama tak keluar rumah, tiba-tiba dah ada macam ni.

“Kalau sekarang bukan musim Covid-19, mesti tempat ni dah jadi viral dan dipenuhi ramai orang untuk bergambar,” katanya.

Malah, dia mengharapkan agar tumbuh-tumbuhan itu kekal lama sehingga tamat PKPB bagi membolehkan dia datang sekali lagi untuk membuat rakaman gambar secara lebih menyeluruh.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Lama Tak Keluar Rumah, Tiba-tiba Dah Ada Macam Ni” Juruf0to Terpvkau Jumpa L0kasi Rare Lavtan Ungu, Bukan Di Luar Negara Tapi Di Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*