“Kali Ini Masak Sendiri Rendang Ayam Pedas Mak” 11 Beradik Sepakat Sed0nd0n, Sejak Awal Tahun Pilih Tapi Ibu Dah ‘Pakai’ Warna Putih Dulu

HUBUNGAN mereka akrab bukan hanya sebagai ibu dan anak malah juga sebagai kawan yang boleh berkongsi pelbagai cerita.

Susulan itu, NurHafizah Mohamad Rozi tidak mampu membayangkan perasaannya tatkala menyambut Aidilfitri tanpa kehadiran ibu tercinta, Nasibah Abas.

Ibunya meninggal dunia akibat penyakit kencing manis selain kegagalan pada jantung dan buah pinggang pada 18 Mac lalu.

Perasaan sebak pastinya menyelubungi hati anak ketujuh daripada 11 beradik ini. Malah katanya, sambutan kali ini cukup berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Raya tahun ni memang lain, tak sama macam dulu. Rasa kosong je. Kami sambut secara sederhana saja di Kampung Bukit Gantang.

Keluarga NurHafizah sepakat memakain baju raya berwarna putih atau krim seperti permintaan arwah ibunya.

“Lagi pun adik-beradik saya yang lain duduk jauh dan tak dapat beraya di kampung bersama kami,” katanya.

Akui gadis berusia 24 tahun itu, amat merindui masakan istimewa ibunya setiap pagi Syawal.

“Sudah tentu saya merindui rendang pedas ayam yang mak buat. Rasa tak boleh dapat kat mana-mana. Mungkin air tangan seorang ibu.

“Dia siap suruh pesan dekat adik-beradik lain untuk pakai baju warna tu tahun ni. Tapi tak sangka dia yang pakai ‘warna putih’ tu dulu. Jadi kami akan tunaikan hajat mak.”

NURHAFIZAH MOHAMAD ROZI

Anak

“Dulu saya selalu tolong mak potong-potong bahan je. Tapi kali ini saya sendiri yang akan buat rendang tu sebab mak pernah ajar resipi dia sebelum ni,” katanya.

Mengenai baju raya kali ini, NurHafizah berkata mereka sekeluarga akan memakai baju warna putih atas permintaan arwah ibunya.

“Sebenarnya awal tahun hari tu mak ada cakap raya tahun ni nak pakai baju warna putih. Tak dapat putih warna krim pun tak apa.

Selain anak, ayah NurHafizah antara yang paling terkesan dengan pemergian isteri tercinta pada 18 Mac lalu.

“Dia siap suruh pesan dekat adik-beradik lain untuk pakai baju warna tu tahun ni. Tapi tak sangka dia yang pakai ‘warna putih’ tu dulu. Jadi kami akan tunaikan hajat mak,” katanya.

Mengimbau kenangan rayanya, NurHafizah berkata dia dan 10 lagi adik-beradiknya akan bersalaman memohon maaf dekat kedua-dua orang tua mereka.

“Selepas solat sunat Aidilfitri kami akan bersalaman minta maaf dekat mak dan ayah. Lepas tu kami semua makan ramai-ramai dekat dapur sebelum tetamu datang,” katanya.

Terdahulu, NurHafizah pernah berkongsi kisah pemergian ibunya menerusi satu posting di Facebook sehingga mengundang sebak netizen.

Katanya, dia membuat posting tersebut kerana mengagumi cinta abadi bapanya terhadap ibunya sehingga wanita itu menutup mata buat selama-lamanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Kali Ini Masak Sendiri Rendang Ayam Pedas Mak” 11 Beradik Sepakat Sed0nd0n, Sejak Awal Tahun Pilih Tapi Ibu Dah ‘Pakai’ Warna Putih Dulu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*