Penceramah motivasi Amin Idris memohon maaf dan memutuskan untuk memadam fotonya berkhutbah pada pagi 1 Syawal dengan memegang tongkat septor Loki.
Jelas Amin, dia tiada niat untuk mempersendakan agama atau bergurau sekali pun.
“Ramai yang kata “Niat saya baik”, “Saya tak niat nak bergurau pun”, “Tak terfikir nak buat lawak pun.”
“Well, soal niat siapa kita nak persoalkan. Hanya Allah yang tahu apa di hati manusia.
“Sebagai menerima teguran Menteri Agama dengan hati terbuka, saya padamkan gambar khutbah pegang tongkat Loki dan memohon ampun kepada Allah kerana jadikan ibadah bahan lawak,” katanya.
Tambah Amin, teguran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri punyai sebab yang kukuh.
“Beliau tidak bercakap tanpa asas dan dalil. Jauh sekali nak jadi ‘joykiller’ kerana beliau pasti mahu kita bergembira di hari raya kerana itu perintah agama.
“Selepas teguran itu, saya mula muhasabah diri. Memang benar, walaupun ‘tongkat itu sunat’, tapi ia tetap ibadah.
“Sebagaimana kita berjaga-jaga setiap tindakan dalam ibadah solat, begitu juga dalam soal tongkat walaupun ia sunat.
“Maka saya terus delete dan mohon maaf atas keterlanjuran dan kesilapan saya.
“Ditambah pula yang menegur adalah insan yang alim dan jauh lebih baik amal solehnya berbanding saya yang solat malam pun jarang sekali,” tambahnya.
Amin turut menyertakan petikan hadis dan fatwa Jabatan Mufti Perlis yang menyentuh mengenai tongkat khutbah.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber : gempak
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“M0hon Ampun Kerana Jadikan Ibadah Bahan Law@k” Amin Idris Padam F0to Berkhutbah Pegang Sept0r L0ki"