“Kami Semua Terkaku Sekejap” Anak Lelaki Ded4h Siapa ‘Mastermind’ Di Sebalik Vide0 Tular 4 Ber4nak Di Pagi Syawal, Mesti Ramai Terkej0t

MESKIPUN Syawal kali ini disambut dengan cara berbeza, kemeriahannya tetap terasa.

Pelbagai ragam sepanjang hari kemenangan bagi umat Islam itu dapat kita lihat di media sosial.

Tidak terkecuali video tarian empat beranak di pagi Syawal yang berjaya mencuri tumpuan netizen sama ada dari dalam mahupun luar negara.

Video tarian inspirasi daripada Eurovision Song Contest bertemakan lagu Think About Things yang dimuatnaik seorang pemuda di Twitternya pada 1 Syawal lalu menjadi tular.

Sehingga kini video itu mendapat 166,400 ulang kicau dan lebih 600,000 tanda suka serta mendapat 9.4 juta tontonan di Twitter.

Adam bersama bapa, ibu dan kakaknya.

Menurut Adam Imanullah, video tarian itu sebenarnya dibuat sekadar untuk suka-suka bersama kakak dan juga kedua-dua ibu bapanya.

“Video tu buat just for fun je. Ingatkan nak hantar dekat keluarga terdekat je tapi tak sangka boleh viral pula.

“Bila video tu dah viral, kami semua terkaku sekejap. Tak sangka audience sampai macam tu sekali. Dalam beberapa jam je dah berpuluh ribu retweet,” katanya.

Jelas pemuda berusia 22 tahun itu, video tersebut dirakam secara spontan dan mereka sekeluarga tidak mengambil masa lama untuk menghafal rentak tarian itu.

“Lepas solat raya, nak makan. Lepas tu bukan ada orang nak datang pun. Jadi tak ada benda nak buat, tiba-tiba mak cakap jom buat video.

“Semua OK. Kami practise sekejap je. Mak ayah saya semua senang, dah tahu rentak tarian tu. Jadi semuanya mudah dan berlaku secara spontan.

Tarian bersahaja ayah dan ibu Adam mendapat pujian netizen.

“Lagipun parents saya memang sporting. Mereka sokong apa yang saya buat. Tak sangka ramai suka tengok cara mereka menari, ” katanya.

Adam berkata walaupun raya kali ini mereka tidak dapat pulang ke kampung halaman di Taiping, Perak, sambutannya tetap meriah.

“Kali ni kami beraya dekat rumah di Bandar Kinrara, Puchong. Kalau tak ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kami selalunya balik Taiping.

“Lepas solat raya, nak makan. Lepas tu bukan ada orang nak datang pun. Jadi tak ada benda nak buat, tiba-tiba mak cakap jom buat video.”

ADAM IMANULLAH

Anak

“Walaupun hanya beraya berempat di rumah, sambutan tu tetap meriah. Sambil-sambil tu kami video call famili lain. Lagipun nenek ada dekat rumah makcik di KL, ” katanya.

Dalam pada itu, anak bongsu daripada dua beradik itu juga gemar berkongsi video nyanyiannya di Twitter.

Kemerduan suaranya ternyata mendapat pujian dan reaksi positif dalam kalangan netizen.

Antara komen netizen pada posting Adam.

Katanya, dia sebenarnya mempunyai sebuah band yang dikenali sebagai The SUAV.

“Saya memang suka menyanyi. Saya sebenarnya ada band. Kami suka buat lagu berkonsepkan Pop Rock.

“Dalam band ada empat orang. Semuanya kawan saya sejak bersekolah di Victoria Institution.

“Kalau diberi peluang memang nak naikkan nama band kami. Lagipun sekarang kami tengah bekerjasama dengan Aidil Alfian, ” katanya.

Selain Adam, kumpulan tersebut turut dianggotai, Akif Taqiuzaman, Arrif Salleh dan Faiz Ridhwan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : mSTar

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Kami Semua Terkaku Sekejap” Anak Lelaki Ded4h Siapa ‘Mastermind’ Di Sebalik Vide0 Tular 4 Ber4nak Di Pagi Syawal, Mesti Ramai Terkej0t"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*