Selalu jugak kita tengok orang buang sampah sesuka hati kat tepi jalan. Yang paling geram, ada yang buang sampah dari dalam kereta. Kalau terkena dekat pembonceng motosikal dan accident, sape yang nak jawab.
Kali ini admin nak kongsikan tentang video yang tular di Twitter tentang seekor biawak yang stuck dalam tin sardin. Kesian tengok dia jalan tak tahu arah tuju sebab kepala dia dah terperangkap dalam tu.
Sebab tu kita tak boleh buang sampah merata. Biawak ni boleh mati kerana sukar bernafas atau tak boleh makan.
Apa pun terbaiklah bro kacak berbaju raya ni. 👍🏻 pic.twitter.com/7vHk42e6tK
— #TeamRayaSenawang™️🇲🇾 (@SenawangTV) May 25, 2020
Nasib baik ada sorang brader ni baik hati dan tolong selamatkan biawak tu. Siap berbaju Melayu warna peach lagi. Mungkin lelaki ni pun baru balik beraya kot.
Walaupun nampak macam takut-takut nak tolong biawak tu, tapi dia beranikan diri jugak untuk selamatkan. Ye lah sebab biawak ni bukannya jenis haiwan peliharaan. Kalau admin pun geli nak berdepan dengan biawak besar macam tu.
Biawak tu pun nampak macam lega bila dapat tengok dunia semula. Siapa je suka duduk dalam kegelapan kan.
Rata-rata netizen tabik dengan keberanian lelaki ni untuk tolong haiwan tersebut. Memang patut dipuji pun.
Sebab tu lah kita tak boleh buang sampah sesuka hati kat merata-rata tempat. Kalau jadi macam ni dekat kucing, ayam atau haiwan lain, kesian dorang.
Semoga kebaikan brader ni akan terbalas suatu hari nanti. Bukan senang nak tengok orang selamatkan biawak.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber : LB
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“Tak Semua Seber4ni Brader Ni” Vide0 Lelaki Selamatkan Kepala Bi4wak Terper@ngkap Dalam Tin Sardin, Siap Pakai Baju Raya"