SEKURANG-KURANGNYA 10 rakyat Malaysia yang tinggal di New York, Amerika Syarikat (AS) meninggal dunia akibat Covid-19, demikian menurut Persatuan Malaysia Amerika (MAA).
Presidennya Kim Bong berkata, dua daripadanya adalah ahli jawatankuasa persatuan itu.
“Seorang daripadanya adalah pemilik restoran, sementara yang lain dijangkiti di subway (kereta api bawah tanah),” katanya menerusi wawancara telefon.
Kim berkata, antara mangsa yang lain adalah pasangan Malaysia yang tinggal di Brooklyn.
“Kami mendapat panggilan memaklumkan kematian meraka minggu lalu,” katanya, sambil menambah bahawa setakat ini kira-kira 30 rakyat Malaysia telah dijangkiti virus maut itu di New York.
Kim, yang mengendalikan perusahaan perkapalan dan elektronik berkata, MAA membantu dengan mengatur perkhidmatan pengkebumian untuk rakyat Malaysia tersebut.
“Masalahnya di New York adalah sangat sedikit orang yang mengambil langkah berjaga-jaga pada awal pandemik, seperti memakai topeng muka,” ujarnya.
Katanya, MAA turut membantu dengan menyumbangkan topeng muka ke hospital dan juga menghantar makanan yang dimasak kepada kakitangan barisan hadapan.
Pengerusi bersama MAA Jack Liaw, yang menjalankan perniagaan perakaunan di wilayah Queens, berkata kematian rakyat Malaysia sangat menyedihkannya.
“Kerana perintah berkurung, kami tidak dapat menghadiri pengebumian mereka untuk memberi penghormatan terakhir.
“Sangat menyedihkan bahawa mereka kehilangan nyawa mereka di tanah asing yang jauh dari rumah,” katanya.
Angka kematian Covid-19 di New York setakat ini berjumlah 23,282 orang, dengan jumlah kes positif yang dilaporkan adalah sekitar 360,000 kes.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber : mSTar
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "Sepuluh Rakyat Malaysia Mavt Dijangk!ti C0vid-19 Di New York"