Baru-baru ini, seorang penggali kubur di Pondok Rangon, Jakarta Timur, Indonesia meluahkan rasa penatnya yang terpaksa kerja menggali kubur bagi pesakit Covid-19 yang terkorban disebabkan virus itu, lapor Suara.com.
Minar berumur 54 tahun, sedar akan tanggungjawabnya sebagai penggali kubur namun dakwanya akibat daripada penularan wabak itu, kerjanya semakin bertambah ekoran jenazah yang diuruskannya meningkat.
Dia yang mempunyai pengalaman sebagai penggali kubur selama 33 tahun berkata kewujudan virus ini membuatkan kerjanya sebagai penggali kubur semakin banyak dan susah.
Katanya setiap hari pasti akan ada yang terkorban jadi dia terpaksa menggali tanpa henti.
Malah ada satu tahap dimana mayat sampai dahulu sebelum kubur digali.
“Satu kubur memerlukan dua jam penggalian dan saat ini saya menggali hingga lima kubur sehari. Saya menggali bergantung pada waktu, kadang-kadang ketika mayat sudah tiba, kuburnya belum siap” – Minar”
Difahamkan, untuk proses menggali kubur, seramai empat orang diperlukan namun bila jumlah kematian meningkat, empat orang ini tidak cukup tangan.
Bukan itu sahaja, mereka juga perlu menggali kubur dengan cepat bagi mengelakkan virus itu tersebar.
Satu Kubur 10 Minit!
Menerusi Tribun News, seorang lagi penggali kubur yang bernama Junaidi Hakim di kawasan yang sama, turut meluahkan situasi perit mereka hadapi ketika menjalankan tugas.
Menurut Junaidi Hakim, mereka harus bekerja hingga 15 jam dan menyelesaikan pengebumian jenazah dalam waktu kurang 10 minit.
“Begitu juga ketika keranda diturunkan dari ambulans, jenazah harus segera dikebumikan dengan cepat, hal itu bertujuan mengurangi risiko penularan virus.” – Junaidi Hakim”
Kes Covid-19 di Indonesia hari ini mencatatkan seramai 23,165 kes keseluruhan positif dan 776 kes kematian.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber : LM
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“Setiap Hari Ada M4yat” Cerita Penggali Kub0r Di Indonesia Ketika Menguruskan Jenzah C0vid-19"