Datin Lisa Surihani Ded4h Sikap Pak Nil Suka Cvri Waktu Baca Quran Ketika Sh0ot1ng

Baru-baru ini, pelakon jelita Datin Lisa Surihani ada mendedahkan tentang perangai sebenar pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi sewaktu mereka sedang menjalani penggambaran bersama dalam sebuah drama bakal ditayangkan di Astro.

Menurut Lisa, Aznil sentiasa menjadi yang terawal menunaikan solat dan akan cuba mencuri masa untuk baca al-Quran. Ujarnya lagi, dia sudah memerhatikan tindakan insan yang mesra disapa Pak Nil itu sejak beberapa minggu lalu.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Lisa menerusi laman Instagram miliknya di mana dia meluahkan rasa terinspirasi bila mengetahui rutin harian Pak Nil.

“Datuk @aznilnawawihm adalah salah seorang pelakon dalam produksi drama bersiri @yurekafilms untuk Astro, dan beberapa minggu lalu, saya telah perhatikan tingkahlakunya. 
“Dia selalu jadi orang terawal tunaikan solat fardhu dan setiap hari dia akan mencari masa untuk baca al-Quran sewaktu Asar. Memerhatikannya memberi saya inspirasi,” tulis Lisa.

Sementara itu, isteri kepada pelakon Datuk Yusry Abdul Halim itu turut memaklumkan dia juga sempat bersembang dengan lebih mendalam bersama Pak Nil mengenai perjalanan hijrahnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut terinspirasi dengan perkongsian Lisa selain meluahkan rasa kagum melihat sikap Pak Nil.

Sumber : OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK 

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Datin Lisa Surihani Ded4h Sikap Pak Nil Suka Cvri Waktu Baca Quran Ketika Sh0ot1ng"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*